Wednesday, November 16, 2011

Lembu punya sapi, jangan pula Menteri dapat nama



Sama ada secara kebetulan atau disengajakan, politik Malaysia selalu terkait dengan lembu.

Terbaru, lembu sekali lagi dikaitkan dengan seorang Menteri. Biarpun kenyataan telah dibuat bahawa lembu itu adalah kepunyaan kaum keluarganya tetapi pihak yang menuduh Menteri berkenaan mungkin bersikap 'bodoh macam lembu' tidak mahu menerima sebarang penjelasan. Padanya, jika boleh mahu sahaja dipalitkan tahi lembu ke muka Menteri tersebut.

Apa yang tidak kena dan apa yang salah jika keluarganya menjalankan perniagaan lembu? Adakah hanya kerana beliau seorang Menteri maka seluruh ahli keluarganya tidak boleh menjalankan sebarang perniagaan?Salahkah hanya kerana beliau menternak lembu?

Selalunya orang-orang politik dikaitkan dengan 'lembu-lembu' yang menaja perbelanjaan mereka. Sekali lagi nama lembu dikaitkan.

Selepas ini mungkin ahli-ahli politik akan terkeliru mana satu 'lembu' yang harus dipelihara. Pilihlah sama ada 'lembu' yang bijak mencari wang atau lembu asli yang meragut di padang.

Yang pentingnya, jangan jadi bodoh seperti lembu. Kasihan pula pada Menteri berkenaan, lembu punya sapi. Menteri pula yang mendapat nama..Busuk betul baunya fitnah lebih busuk dari tahi lembu!!!

Tuesday, November 15, 2011

Pakatan Rakyat atau Rakyat Pakatan?



Pakatan Rakyat atau Rakyat Pakatan? Hanya istilah yang membezakan maksud yang terkandung.

Pakatan Rakyat amat berbangga kononnya nama gabungan parti-parti itu mendapat mandat yang menyeluruh daripada rakyat lantas wujudnya nama Pakatan Rakyat bagi menggantikan Barisan Nasional. Momokan mereka hanyalah dakwaan yang mengatakan seluruh rakyat Malaysia sudah muak dengan Barisan Nasional.

Sukalah bertanya kepada mereka, sejak bilakah mereka telah menjalankan bancian terhadap seluruh rakyat Malaysia untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia telah jemu dan muak kepada Barisan Nasional dan sejak bilakah mereka mendapat restu daripada rakyat Malaysia untuk menggunakan istilah RAKYAT di dalam nama platform politik mereka?

Beberapa siri Pilihanraya Kecil yang lalu, jelas tidak seluruh rakyat memberikan mandat kepada Pakatan untuk menjadi pemimpin mereka. Satu demi satu calon Pakatan rebah tumpas kepada Barisan Nasional. Melihat kepada senario itu adakah wajar istilah Pakatan Rakyat direstu gunakan oleh Pakatan?

Benar..ada sebilangan rakyat di luar sana yang menyokong Pakatan tetapi jumlah dan nisbahnya amat kecil jika dibandingkan dengan bilangan sebenar rakyat Malaysia.

Sebenarnya istilah Pakatan Rakyat hanyalah untuk menarik minat rakyat seolah-olah nasib mereka akan terbela dengan hanya dengan restu untuk membenarkan istilah RAKYAT digunakan.

Sebagai rakyat janganlah kita membenarkan istilah kita sebagai rakyat keseluruhan digunakan hanya untuk memenuhi kehendak dan keinginan golongan tertentu. Rakyat mesti sedar bahawa, yang menggunakan istilah RAKYAT itu adalah golongan politik yang mempunyai agenda dan keinginan peribadi yang melangit.

Pilihanraya adalah pentas sebenar untuk rakyat menzahirkan siapa yang mereka inginkan sebagai pemimpin mereka. Jika benarlah rakyat berpakat untuk menubuhkan Pakatan Rakyat tidak ada sesiapa yang dapat menghalangnya tetapi jika hanya sebilangan kecil yang mahukannya maka tidaklah sesuai nama Pakatan Rakyat digunapakai sebaliknya ianya hanyalah bersifat Rakyat Pakatan yang menjurus kepada maksud sokongan ahli-ahli kepada pimpinan mereka.

Secara pecahannya, yang ada hanyalah RAKYAT PAS, RAKYAT PKR dan RAKYAT DAP. Rakyat Malaysia sebenarnya tahu bahawa perkongsian kuasa di dalam Malaysia telah lama diwujudkan dan sebenarnya rakyat Malaysia seluruhnya hidup beramalkan apa yang dinamakan sebagai 1 MALAYSIA!!

Kedai 1 Bulan, 1 Mata dan 1 Roket



Terima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) di dalam usaha membantu meringankan beban rakyat. Cuma sukalah nak dipesankan kepada kerajaan supaya kedai itu dipantau dan dikawal selia sebaik mungkin supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti kenaikan harga barang. Rakyat PAS dan DAPigs pasti menjadi seperti singa lapar sekiranya KR1M tidak dikawal selia dengan baik.

Belum pun sampai setahun jagung kewujudan KR1M, rakyat PAS dan DAPigs sudah melabelkan KR1M dengan perkataan-perkataan yang kurang enak. Itu lumrah, kalau sudah namanya pembangkang, apa jua yang dibuat kerajaan pastinya dibangkang dan tidak elok.

Sebenarnya, tidak ada yang tidak elok dengan KR1M. Barangnya murah dan kualiti tetap terjaga. Kita tidak pernah mensasarkan Datuk-Datuk, Tan Sri-Tan Sri atau mana-mana VIP sebagai sasaran pembeli sebaliknya KR1M lebih menjurus kepada golongan pertengahan dan rendah sebagai sasaran pembeli. Pun begitu, mana-mana VIP yang ingin turut serta menjadi pembeli barangan KR1M tidaklah ditegah untuk berbuat demikian. Namanya pun Kedai Rakyat 1 Malaysia. Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia waimah rakyat PAS juga dialu-alukan ke kedai tersebut.

Cuma yang menyemakkan kepala pembangkang adalah kerana tertulisnya perkataan 1 Malaysia di kedai itu. Hanya kerana perkataan 1 Malaysia tertera di kedai itu, segala yang baik menjadi busuk di mata pembangkang. Waimah jika diletakkan barang-barang dari syurga sekalipun di KR1M pasti ianya tetap busuk di mata pembangkang.

Mudah sahaja menjadi pembangkang, memprotes dan terus memprotes. Sukalah dilontarkan cabaran kepada pembangkang yang beroleh mandat untuk memerintah beberapa negeri untuk mewujudkan kedai seperti KR1M sebagai membuktikan mereka lebih baik daripada kerajaan pusat.

Mungkinkah akan diwujudkan Kedai Rakyat 1 Bulan, Kedai Rakyat 1 Mata dan Kedai Rakyat 1 Roket?Jauh panggang dari api kerana cuma DACING sahaja yang layak berada di dalam kedai.

p/s Jebat kata : Terima kasih kerajaan,sekarang ni Jebat tidak lagi membeli barangan di kedai Ah Chong. Tidak bermaksud apa-apa walaupun Jebat tahu yang tidak menyokong KR1M ada muslihat tersendiri.

Monday, November 14, 2011

Penjawat awam haruslah lebih bijak



Ada orang yang berkata penjawat awam yang berjawatan tetap tidak pernah ambil peduli dengan senario politik negara kerana apa jua keadaan politik dan siapa juga yang menjadi pemerintah penjawat awam tetap akan menerima gaji dan imbuhan mereka.

Mungkin fakta itu boleh dikatakan betul suatu ketika dahulu tetapi mungkin kini ada penjawat awam yang sudah mula berkerut kening apabila ada pihak yang berkata bahawa mereka akan mengurangkan bilangan penjawat awam jika mereka menjadi kerajaan.

Putrajaya, suatu lubuk yang dianggap kubu kuat BN kerana di sana rata-rata pengundinya adalah penjawat awam. Dek kerana falsafah siapa pun yang menjadi kerajaan, penjawat awam tetap menerima gaji dan imbuhan maka keputusan PRU ke 12 yang lalu tidak 100 peratus berpihak kepada BN.


BAHAGIAN PILIHAN RAYANAMA CALONPARTIBILANGAN UNDISTATUS
P.125-PUTRAJAYAMOHAMAD NOOR BIN MOHAMADPAS1,304
TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSORBN4,038MNG
JUMLAH PEMILIH :6,608
KERTAS UNDI DITOLAK :38
KERTAS UNDI DIKELUARKAN :5,416
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :36
PERATUSAN PENGUNDIAN :81.96%
MAJORITI :2,734


Apakah di dalam PRU ke 13 akan datang, penjawat awam akan terus menegakkan falsafah 'biar ribut melanda' mereka akan tetap menerima gaji dan imbuhan?

Jika benarlah penjawat awam tidak pernah khuatir dan risau akan periuk nasi mereka, penjawat awam bolehlah mengundi dan mengekalkan keputusan PRU seperti di atas.

Adakah penjawat awam akan terus menyokong BN yang tidak pernah bercadang mengurangkan jumlah penjawat awam atau penjawat awam akan memilih kerajaan baru yang secara terus terangnya berkata akan mengurangkan jumlah penjawat awam jika menjadi kerajaan?

Pilihlah yang mana anda suka. Jika hobi anda sebagai penjawat awam menjadi pengunjung tegar warung-warung kopi nescaya anda akan menjadi golongan yang akan menjadi mangsa pembuangan kerja oleh kerajaan yang tidak pernah memikirkan periuk nasi anda. Seburuk mana sekalipun kerajaan BN di mata penjawat awam ingatlah bahawa kerajaan BN tidak pernah memasukkan pasir ke dalam periuk nasi anda.

Tidakkah penjawat awam harus bersyukur dengan kerajaan BN atau penjawat awam sudah rela menggadaikan periuk nasi mereka dengan memilih kerajaan yang terlalu ingin menghumban mereka sebagai penganggur terhormat?

Tepuk dada tanyalah selera!!!

Sunday, November 13, 2011

Antara manusia dan syaitan



Syukur alhamdullillah semuanya selamat buat Perdana Menteri dan isteri mengerjakan haji. Sebagai seorang Islam, jika ada keupayaan dan kemampuan ibadah haji adalah rukun yang wajib dilaksanakan.

Berapa ramai syaitan agaknya yang berdukacita dengan ibadah haji yang Perdana Menteri tunaikan? Tidaklah dapat dinafikan bahawa tugas utama syaitan adalah menyesatkan manusia.

Sehina mana pun manusia dipandangan manusia, tidaklah kita ketahui kedudukannya di sisi Allah. Dan janganlah sesekali kita berburuk sangka sesama manusia kerana hanya Allah yang maha mengetahui.

Sebagai tetamu Allah, siapalah manusia yang mahu mempertikaikan ibadah yang manusia lakukan di Tanah Suci Mekah.

Adakah sesuai ibadah yang manusia lakukan dipolitikkan dan yang paling mendukacitakan adalah apabila ibadah itu dijadikan pula sebagai satu fitnah yang amat keji.

Tidak mengapalah, Perdana Menteri sudah pun selamat mengerjakan haji dan sudah pun menjadi tetamu Allah. Syukurlah semuanya selamat dan SYAITAN TETAP DENGAN AGENDANYA MAHU MENYESATKAN MANUSIA.

Siapa manusia dan siapa pula syaitan?