Friday, September 25, 2009

PAS: Pun kasi rasuah??

Selamat Hari Raya pada semua muslimin muslimat baik UMNO mahupun PAS..Bukan macam orang PAS yang anggap wanita PAS saje muslimah..

Penat badan macam towel buruk selepas bawak kereta berjam jam lamanya dari Kota Bharu tapi tak apa semangat raya punya pasal aku harung jugak perjalanan sejauh tu.

Sempat berborak dengan beberapa orang rakan semasa di Kota Bharu. Seorang sahabat beritahu aku yang dia terserempak dengan serombongan orang orang Manek Urai semasa berada di salah sebuah tempat peranginan (Cameron Highland kalau tak silap). Rupa rupanya rombongan mereka di taja oleh PAS yang menang di Manek Urai.

Kalau UMNO dan BN buat macam ni sah dia orang kata yang UMNO kasi rasuah pada pengundi di Manek Urai. Kalau dia orang buat apa yang harus kita panggil? Sumbangan ikhlas atau kenang jasa? Atau ajaran Tok Guru? Lu orang fikirlah apa yang sepatutnya

Rupanya dalam syurga PAS ada jugak unsur unsur rasuah..Tak payah nak dabik dada macam baik sangat dan kata orang lain semua jahat..Dalam nampak macam baik tapi banyak jugak unsur taik!!

Friday, September 18, 2009

Baru tahu bagaimana pahitnya hempedu

Tun M kata beliau tidak kisah gambarnya dikalungkan selipar macam yang dicadangkan oleh perwakilan MIC tapi beliau lebih kisah dan terluka kalau dikecam oleh UMNO.

Hairan kenapa Tun M boleh terkilan dan terluka waimah berkecil hati jika dikecam oleh orang orang tertentu. Aku tak pernah lupa bagaimana Tun M begitu lantang dan kritis bila mengkritik Pak Lah pada masa Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Tun M kritik Pak Lah sampai nampak Pak Lah betul betul tongong dan macam budak bodoh. Tapi Pak Lah diam seribu bahasa. Bukan kerana Pak Lah tak berani cuma Pak Lah adalah orang yang tahu mengenang budi selepas Tun M serahkan pucuk pimpinan pada beliau. Syabas Pak Lah dan sehingga ke hari ini kita masih tidak mendengar Pak Lah mencampuri urusan pentadbiran Najib. Lain orang lain cara kepimpinan.

Agaknya baru hari ini Tun M tahu rupanya benarlah simpulan bahasa orang Melayu 'pahit macam hempedu'. Sekali sekala digasak untuk kebaikan dan menyedarkan tidaklah merupakan suatu kesalahan.

Aduhai Tun M..hati orang tua memang selalunya rapuh.

Thursday, September 10, 2009

Bagan Pinang: BN jangan buat silap lagi

Entah bila agaknya akan diadakan pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang..Tak apa tarikh itu kita serahkan pada SPR yang lebih arif dalam membuat keputusan dan kita jangan nak sibuk sibuk campur urusan SPR tu.

Cuma aku lebih tertarik untuk memberi pandangan agar BN mengambil sikap lebih berhati hati di dalam memilih calon..Jangan sampai tersilap langkah lagi seperti di Permatang Pasir dan Kuala Terengganu. Perjuangan yang menjadi sia sia apabila memilih calon yang salah dan hanya akan kalah sebelum bertanding.

Rasanya tak salah kalau Tan Sri Isa Samad diletakkan sebagai calon kerana mengenali beliau secara peribadi boleh aku katakan sikapnya A+ dan mesra rakyat..tapi kembali kita serahkan kepada UMNO dan pengundi Negeri Sembilan untuk memilih siapa yang mereka suka untuk diketengahkan. Suara pengundi jangan di ambil remeh oleh BN.

p/s: Dengar khabarnya PAS sudah mula mengorak langkah awal dalam berkempen sampai mampu berkempen di dalam kem tentera.Benarkah? Siapa yang tersilap congak atau aku yang tersilap dengar?

Saturday, September 5, 2009

Apabila kepala tuan dipijak

Apakah orang Melayu sudah tidak pandai menghormati tuan? Semalam aku berpeluang bersembang dengan seorang kakitangan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) yang terletak di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri.

Entah macam mana boleh terpacul isu isu politik setelah beberapa lama bersembang dengan kakitangan ILKAP tersebut. Agak tinggi dan sinis nada yang dikeluarkan oleh kakitangan ILKAP tersebut apabila membicarakan soal politik. Terlalu angkuh beliau menghentam dasar dasar kerajaan dan isu yang menarik perhatian beliau adalah isu ISA.

Aku hanya gelengkan kepala apabila beliau kata kerajaan sudah gila menyembur air dan gas pemedih mata kepada rakyat di dalam demonstrasi pemansuhan ISA baru baru ini. Beliau amat bersemangat apabila mengatakan kerajaan yang ada sekarang sudah seperti tidak waras mengambil tindakan semacam itu kepada rakyat. Aduhai..inilah yang susahnya apabila kita sekadar mendengar cerita dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Aku tidak mahu komen lagi tentang isu demonstrasi itu pasal dah panjang lebar aku dan sahabat sahabat paparkan di dalam kitaanakmelayu.blogspot.com Cuma yang aku ingin tekankan di sini adalah nilai nilai yang setiakan pemimpin dan majikan. Inilah kata orang ‘tidak kenal diuntung’.

Saja aku menduga prinsip kakitangan ILKAP tersebut tentang bonus kepada kakitangan awam menjelang hari raya. Aku kata tidak ada bonus kepada kakitangan awam. Kakitangan ILKAP tersebut kata mana boleh kerajaan tidak beri bonus. Wah bersemangat pulak mahukan bonus tetapi sebentarnya tadi asyik macam orang kena sawan menghentam kerajaan.

Jadi apa yang mahu akan labelkan kakitangan ILKAP tersebut? ‘Beruk dapat bunga’ atau ‘kacang lupakan kulit’? Atau habis madu sepah dibuang?? Apa tindakan untuk golongan musuh dalam selimut ini??

Thursday, September 3, 2009

Politik jangan sampai lupa mati

Hari demi hari kita sibuk berpolitik..Dalam bulan puasa pun kita sibuk berpolitik..Hari baik bulan baik yang seharusnya digunakan untuk membuat amal ibadat kita sibukkan dengan berpolitik..Aku sebenarnya cukup khuatir apakah semua orang politik dan penggemar penggemar politik lupa akan mati dan lupa pada kekuasaan Allah s.w.t.

Sampai bila kita harus merasakan yang diri kita hebat hingga kita lupa kekuasaan Allah? Ingatlah Allah jua yang menentukan segalanya dan ajal akan datang menjemput tak kira masa dan di mana dan kita dari parti politik mana..

Dunia hanya sementara akhirat jua kekal selamanya.