Showing posts with label pergerakan Wanita UMNO. Show all posts
Showing posts with label pergerakan Wanita UMNO. Show all posts

Monday, September 23, 2013

Alahai Shahrizat jangan buat Ana confuse!!

Jangan emosi kak..masa berubah..zaman jugak berubah!!!

Shahrizat berkata walaupun menjadi Exco Wanita kebangsaan, Maznah tidak pernah hadir untuk sebarang mesyuarat sejak awal 2013, selain tidak melibatkan diri dalam aktiviti sayap.

Begitu juga dengan kes Raihan yang tidak aktif dalam sayap itu sehingga keanggotaannya menjadi tanda tanya, kata beliau.

Itu kata Shahrizat berhubung lawan beliau di dalam pertembungan merebut jawatan Ketua Wanita UMNO.

"Kalau kita nak bertanding, baik kerana kita nak bawa visi, perjuangan, jangan kita masuk (bertanding) sebab dendam atau suka-suka atau kita proksi," katanya.

Katanya, dalam pertandingan, beliau berpegang kepada prinsip tidak memburukkan lawan sejak menjadi Anggota Parlimen pada 1995.

Di atas juga kata Shahrizat. Tak burukkan lawan? Hehehe..ayat yang di atas sekali tu bukan memburukkan ke? 

Shahrizat diminta mengulas kenyataan  Maznah bahawa keputusan beliau bertanding jawatan Ketua Wanita adalah kerana mahu memperkuatkan sayap itu supaya dihormati dan tidak diperlekeh oleh sesiapa.

"Nak memperlekehkan apa. Orang yang mempertikaikan itu pun tak pernah turun program Wanita," katanya.

Jangan burukkan perangai orang ye bekas Menteri Sharizat..kata tak suka burukkan lawan!!

"Wanita UMNO telah jadi satu pergerakan yang amat menarik, sebab itu ramai orang nak masuk. Mereka lihat, wah... Wanita hidup semula, penjenamaan, jentera, semua dah OK. Sebab tu ramai berminat," katanya.

Benar, wanita satu pergerakan yang turun ke akar umbi..Meraih undi dari pintu ke pintu. Memang terbaik. Bukan sahaja di zaman Shahrizat tetapi sejak dari dulu lagi begitulah modus operandi Wanita. Kita tidak persoalkan tetapi imej Sharizat tercalar teruk dan rakyat sudah memandang imej itu sebagai terlalu serong yang tentulah kesannnya amat buruk kepada UMNO. Tidak ada salah dengan pergerakan Wanita tetapi alangkah lebih baik sekiranya diterajui oleh orang yang tidak teruk tercalar imejnya dan tidaklah serong di mata rakyat.

Kita tidak mahu Wanita UMNO hebat di mata Wanita UMNO  sahaja tetapi kita mahu Wanita yang hebat di hati rakyat. Itu jauh lebih penting.

Kita tidak menafikan Shahrizat hebat di peringkat awalnya. Tetapi seperti air laut ada pasang surutnya. Masa ada siang dan malamnya. Kalau suatu ketika Sharizat mahukan Rafidah melepaskan jawatan sekarang masa kita pula mendesak Shahrizat melepaskan jawatan.

Ada masalah? Masa dan zaman gemilang sudah berlalu...!!!

Baca DI SINI selanjutnya!!


Wednesday, September 18, 2013

Kenapa Shahrizat harus beri laluan kepada muka baru..


Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Apa yang menyebabkan gerombolan Pakatan berupaya untuk memburukkan UMNO?

Sama ada ceritera Pakatan memburukkan UMNO itu satu fakta atau fitnah ianya tetap menyerap ke minda rakyat. Mainan persepsi. Mungkin Shahrizat pernah mendengar peribahasa 'belakang parang jika setiap hari diasah akan menjadi tajam jua'..

Orang Melayu sinonim dengan 'jika tidak ada angin pasti pokok tidak bergoyang'. Orang Melayu tidak pernah mahu berfikir sama ada angin atau beruk atau mungkin faktor lain yang menggoyangkan pokok. Asal pokok bergoyang tentulah angin. Itu juga persepsi.

Gerombolan Pakatan terlalu bijak mencari lubang. Bahkan terlalu bijak mencari SEGALA JENIS LUBANG. 

Shahrizat dikaitkan dengan lembu. Sama ada perkara itu fakta atau fitnah ianya telah menerobos masuk ke jiwa dan minda rakyat. Sukar dibendung. Justeru yang menanggung persepsi buruk itu adalah institusi UMNO.

Bukan sekadar rakyat dan gerombolan Pakatan tetapi orang UMNO sendiri terpaku dengan persepsi itu.

Selepas lembu kini timbul pula perihal bekas pegawai Sharizat yang ditahan SPRM kerana isu menyeleweng dana kerajaan. Sama ada itu adalah fakta atau fitnah ianya pasti menjadi bentuk peluru yang akan diputar ligat oleh gerombolan Pakatan untuk memburukkan UMNO. 

Pakatan yang terlihat sebagai juara rakyat walaupun kita tahu ianya sekadar bertujuan meraih undi tentulah dakwaan penyelewangan dana 1 Azam yang bertujuan untuk membantu fakir miskin itu menjadi medan terbaik kepada Pakatan untuk terus menghambur nista.

Sebaik mana pun Shahrizat, imej beliau telah terhakis di mata rakyat. Terhakisnya imej Shahrizat bukanlah kebimbangan kita tetapi terhakis imej UMNO menjadi malapateka besar kepada kita.

Kita berterima kasih kepada Shahrizat tetapi kita lebih berterima kasih kepada Shahrizat jika beliau memberikan laluan kepada muka baru untuk mengepalai Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

p/s : Berjuang di mana mana pun boleh berjuang. Kalau tak menjadi Ketua Wanita pun  boleh berjuang jugak kan???

Wednesday, September 11, 2013

Azalina di kuntau Sharizat..Ada black belt pun tak boleh pakai!!!

azalina-ijat-513
 

Sama ada bekas Menteri Sharizat hebat atau bekas Menteri Azalina yang goyang tak tentu fasal.

Bekas Menteri Sharizat nampak ganya tak perlu sinsing lengan baju untuk mempertahankan kerusi Ketua Wanita UMNO apabila bekas Menteri Azalina yang merupakan satu-satunya pencabar untuk merebut jawatan itu mengesahkan akan menarik diri.

Di mana hebatnya bekas Menteri Sharizat sehinggakan bekas Menteri Azalina mengibarkan bendera putih atau bahasa mudahnya CHECKMATE!!

Saya tak mahu bibit-bibit perpecahan berlaku khususnya dalam Wanita UMNO yang merupakan tunjung kepada UMNO.

Alahai bekas Menteri Azalina, bercakap dahulu baru berfikir? Kenapa tidak berfikir dahulu sebelum beria-ia mengumumkan mahu bertanding??

Bekas Menteri Azalina ada black belt Tae Kwan Do takkanlah seorang perwira dan pahlawan mahu mengaku kalah sebelum berjuang!!

Aduhai...entahlah ikut suka kamu oranglah Wanita wehh!!!