Showing posts with label bendera. Show all posts
Showing posts with label bendera. Show all posts

Sunday, September 9, 2012

Shah Rukh Khan dan republik Malaysia



AKTOR Bollywood tersohor, Shah Rukh Khan dikatakan akan menghadapi pendakwaan di mahkamah ekoran tindakannya yang dikatakan menghina bendera negaranya. Hebat negara India kerana menjaga simbol kedaulatan negara mereka.

Teringat pula pada kelakuan segelintir rakyat Malaysia pada malam kemerdekaan yang baru lalu apabila mereka dengan mudah dan tanpa rasa bertanggungjawab memperkenalkan bendera baru buat negara Malaysia. 

Apakah tindakan kita untuk menangani isu-isu seumpama ini? Mungkin akan ada yang berkata 'oh undang-undang kita dan undang-undang negara India berbeza'. Mungkin ada sahaja kebenarannya dengan kenyataan itu.

Cuma yang ingin dipersoalkan ialah sejauh mana rasa kecintaan dan kesetiaan kita di dalam menjaga kedaulatan negara. Jika ada yang berkata bendera hanyalah sekadar sehelai kain yang tidak membawa apa-apa sebarang makna maka itu adalah lambang kedunguan yang maksima sebagai seorang rakyat yang hidup di dalam negara yang merdeka.

Bendera adalah simbol dan panji kedaulatan. Jika di zaman perang dahulu, suatu angkatan perang itu dikatakan kecundang jika bendera atau panjinya dapat dirampas oleh pihak musuh.

Apa yang berlaku pada malam kemerdekaan lalu adalah bukti bahawa ada segelintir rakyat Malaysia yang sudah bersedia untuk menyerahkan kedaulatan negara kepada orang lain. Syabas rakyat Malaysia..Anda boleh!!!

Wednesday, December 7, 2011

Kenapa DAPigs dikatakan menghina Sultan?



Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Berfikir sebelum berkata dan sarang tebuan jangan dijolok.

Setelah memanggil Menteri Besar Perak dengan gelaran Hitam Metalik timbul pula gelaran baru kepada negeri Perak. Kali ini DAPigs mengambil pendekatan menyeluruh dengan menggelar seluruh negeri Perak sebagai Darul Kartun. Negeri Perak yang rasminya di panggil Perak Darul Ridzuan terus-terusan dicalar burukkan oleh DAPigs.

Mungkin DAPigs sendiri kurang arif dengan negeri Perak lantaran menyebabkan mereka dengan mudah membahasakan apa sahaja pada negeri Perak termasuklah yang buruk-buruk.

Jebat asal dari Melaka, tidak punya sultan tetapi sukalah Jebat menerangkan maksud yang terkandung di dalam bendera negeri Perak.




Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam.

Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.

   a.   Warna putih : melambangkan kebesaran Duli Yang Maha    Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

   b.   Warna kuning : melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.

   c.   Warna hitam : melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Dengan mengambil kira maksud-maksud yang terkandung di dalam warna bendera negeri Perak tentulah Baginda Sultan dan kerabatnya merupakan tunjang yang membawa kepada pembentukkan negeri Perak.

Apabila DAPigs menggelar negeri Perak sebagai Darul Kartun tentulah sedikit sebanyak atau mungkin keseluruhan mencemar institusi DiRaja Perak yang mulia.

Siapa yang rasis di sini? Bukankah DAPigs sebelum ini lantang mahu mewujudkan negara republik buat Malaysia? 

Selagi adanya Sultan di Malaysia mana mungkin Malaysia menjadi sebuah negara republik. Itu yang menjadi sawang di dalam kepala DAPigs.

Rakyat Perak jika anda bercadang menyokong DAPigs tentunya anda sedang bercadang untuk mencemar institusi yang menjadi tunjang dan tulang belakang untuk orang-orang Melayu.

Wednesday, September 14, 2011

Siapa tiru siapa?

Bila kerajaan Somalia kata tertembaknya arwah Noramfaizul adalah kerana bendera Malaysia yang hampir sama dengan bendera Amerika, puak-puak HamPAS spin bagai nak gila isu ni.

Gua nak kasi tau bendera tu adalah panji negara dan lambang kedaulatan negara. Tak kira parti mana jadi pemerintah, bendera tu tetap kena junjung. Jangan jadi bangang sangat dalam isu ini. Jangan kerana politik lu orang dah lupa nak sayang negara. Kepala bangsat.

Meh kita tengok pulak yang ni...



Kah Kah Kah..Sama rupa cuma warna je tukar..Lu sayang sama Jepun kah? Patutlah Jepun mendarat di Kota Bharu...Kah Kah Kah..

Yang ni pulak....




Yang ni pun sama..kaler sama cuma design berbeza..Gua cuma harap kalau roket naik bulan kena sambar petir...Kah Kah Kah...

Patutlah jemput Uncle Lee ke Penang ye..

Sukacita gua nak cakap pada puak-puak PAS, jangan terlalu bangang nak spin semua benda.

Puak-puak PAS percaya pada kata kerajaan Somalia yang arwah Noramfaizul tertembak pasal bendera..Askar dia orang pun pakai selipar lagi lu mau percaya cakap dia orang..

Bendera UMNO ada sama dengan bendera lain? Takde kan..Keh Keh Keh..

Tuesday, December 28, 2010

Indon berdemo lagi


Khabarnya penyokong-penyokong bolasepak Indonesia berdemo di hadapan hotel pasukan bolasepak negara menginap di Jakarta. Semuanya gara-gara tidak puashati pasukan mereka dibenam di Bukit Jalil.

Pasal dakwaan sinaran laser mengganggu penjaga gol mereka hanyalah alasan yang sengaja dicipta. Siapa yang tidak kenal dengan Indon yang memang suka berdemo.

Dalam bolasepak mungkinkah seorang penjaga gol tidak bergerak mengejar bola sehinggakan sinaran laser yang sekecil itu mampu mengejar anak mata penjaga gol? Semuanya alasan dan sememangnya Indon memang suka berdemo.

Apabila pasukan bolasepak kita dibelasah dengan jaringan yang cukup besar di Jakarta, anak-anak Indon ini diam seribu bahasa bahkan apabila mereka bertandang di tempat kita, mereka dilayan dengan penuh semangat kesukanan.

Kalau bendera negara kita pun mereka tergamak bakar mana mungkin mereka dapat menerima kekalahan ini. Mungkin benar bila ada orang yang berkata, penyokong mereka lebih rela pasukan mereka tumpas di tangan pasukan lain selain daripada pasukan Malaysia.

Apapun kita harap pasukan negara kita tidak akan lemah semangat dengan provokasi yang tidak ada semangat kesukanan ini.

Sama-sama kita panjatkan doa moga pasukan kita beroleh kejayaan.

Rakyat Malaysia pastinya merestui perjuangan anak-anak muda ini..Malaysia boleh!!!!!