
Banyak benda yang sedang mutar ligat dalam kepala aku berhubung video seks yang ramai orang dakwa lakonan budak Permatang Pauh.
Soalan pertama: Sejak bila seorang Datuk bertugas untuk mengambil jam tangan mana-mana individu yang ketinggalan jam di hotel?
Soalan kedua: Kalau benarlah budak Permatang Pauh itu yang menyuruh Datuk tersebut mengambil jam tangan Omega nya yang ketinggalan di hotel bermakna Datuk tersebut kenal baik dengan budak Permatang Pauh tersebut. Soalnya, kalau sudah sampai ke tahap mengambil jam, mengapa Datuk tersebut tidak memaklumkan kepada budak Permatang Pauh itu tentang adanya rakaman CCTV di dalam bilik itu? Kenapa harus Datuk tersebut mendedahkan kepada media dan tidak memaklumkan perkara itu kepada budak Permatang Pauh tesebut dan menjadikannya sebagai rahsia?
Soalan ketiga: Jika benar sekalipun wujudnya video itu, mengapa harus Datuk tersebut memanggil media sebagai penonton? Kenapa Datuk tersebut tidak membuat laporan polis? Kalau ikut kata Menteri KDN di dalam Berita jam 8 malam tadi, tiada sebarang laporan di buat berhubung kes ini..
Soalan keempat: 'Muka dia macam saya..perut lebih buncit'..Ini ayat yang keluar dari budak Permatang Pauh tersebut..Macam mana dia boleh tahu keadaan ini? Bahkan sehingga ke saat ini hanya orang tertentu sahaja yang dapat menontonnya..Mungkinkah ada di kalangan yang telah menonton video itu siang tadi begitu arif tentang berapa buncit perut budak Permatang Pauh itu? Dalam tempoh seminggu barulah orang yang dimaksudkan dalam video itu akan mendapat video itu..Belum tengok sudah tahu... Dan siapalah yang bijak menilai betapa buncit perut mana-mana indvidu di dalam keadaan berpakaian dengan tidak berpakaian..Atau adakah orang membuat hubungan seks terlupa menanggalkan pakaian? Gila gelojoh...
Soalan kelima: Dalam pada masa teramat sibuk menghadapi kes liwat di mahkamah, wajarkah seseorang itu sengaja mencari masalah dengan isu baru? Budak Permatang Pauh itu bukan tidak pernah duduk di dalam kerajaan, sudah barang pasti dia sedar segala gerak gerinya diperhatikan oleh golongan tertentu.
Soalan keenam: Kali ini aku bersetuju dengan Aspan..Kenapa harus Datuk tersebut menyembunyikan identiti dirinya? Bukankah dia yang disuruh oleh budak Permatang Pauh itu untuk mengambil jamnya? Sudah tentu mereka saling kenal..Hanya dengan pendedahan siapa Datuk tersebut barulah kita akan tahu apa motif video yang masih diragukan kesahihannya..Sama ada konspirasi atau ada matlamat lain..Jika konspirasi..akan menguntungkan siapa??
Bau-baunya seperti ada yang tidak kena dengan isu ini..Kita minta mana-mana pihak yang akan menjalankan siasatan akan bertindak dengan cara yang cukup waras dan rasional. Sudah hampir benar dengan penyerahan DNA dan sudah hampir benar dengan Pilihanraya Negeri Sarawak..kita tidak mahu 'ada udang di balik batu'...
Penafian: Artikel ini tidak memaksudkan kepada mana-mana individu baik yang hidup atau yang telah mati. Ianya hanyalah illustrasi penulis..