Wednesday, January 30, 2013

Susah kalau ada penjawat awam macam ni!!!!

Anak pembangkang,bapa Ketua Pengarah..!
TINGGAL tidak berapa lama lagi dan mungkin untuk beberapa hari sahaja akan berlangsungnya PRU13 dan semua pimpinan termasuklah PM Najib sendiri mengandaikan PRU13 adalah PRU yang paling getir serta kritikal untuk UMNO dan Barisan Nasional lantas digerakkan usaha serta diperkasakan segala gerak kerja parti serta 
kerajaan bagi menarik sokongan untuk meraih undi dari rakyat namun situasi amat sekali berbeza kepada agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bernama Biro Tata Negara (BTN).

Sebelum itu TAHNIAH kepada Raja Arif,Ketua Pengarah BTN yang kerana tidak sampai sehari selepas artikel ini yang mendedahkan akan berlaku perubahan berasaskan Grand Design ABIM,hari ini telah dilaksanakan pertukaran dan perpindahan pegawai-pegawai Biro Tata Negara ke merata tempat dan negeri tanpa mengambil kira kesan-kesan terhadap keluarga yang mereka terpaksa tinggalkan serta factor-faktor lain demi untuk menjayakan rancangan membawa masuk kumpulan-kumpulan ABIM,akhirnya ramai kakitangan dan pegawai BTN menjadi mangsa kerakusan menunjuk kuasa oleh Raja Arif.

Adakah Raja Arif tidak terfikir bahawa kesan daripada kerakusan mahu menunjukkan kuasa sebagai Ketua Pengarah akan menterbalikkan momentum sokongan ahli keluarga dan sanak saudara mangsa-mangsa pertukaran yang terlibat atapun ini sebenarnya yang beliau mahukan iaitu mencucuk jarum halus supaya wujud sabotaj daripada kalangan kakitangan dan pegawai-pegawai BTN sendiri terhadap BN.

Paling jelas,kesan daripada kerakusan menunjukkan kuasa ini  akan memandulkan gerak kerja Ahmad Maslan yang sebelum ini banyak menggunakan pegawai dan kakitangan yg berkemahiran dalam menguruskan program berkaitan dengan sokongan rakyat. Apakah pertukaran secara beramai-ramai yang bermula saat PRU13 sudah hamper ini tidak bertujuan utk melemahkan Mat Maslan dan akhirnya beliau akan  dilihat gagal? 

Agaknya otak Raja Arif ini mungkin terletak dikepala lutut kerana tidak boleh memikirkan kesan berganda apa yang telah dimulakan ini? Apakah signifikan pertukaran pegawai dan kakitangan saat pilihan raya ini tidak diratapi oleh kaum keluarga mangsa kerakusan dan kebebalan beliau?

1 comment:

  1. Sedikit pebetulan bukan kepala lutut tetapi otak Raja arif tu diletak kat jubuk dia hari diberak kena najis so kebebalan raja arif memang tahar dungu.

    ReplyDelete