Tuesday, September 18, 2012

Tunggulah sampai kiamat




Gambar pemimpin Melayu ditunjukkan punggung? Tak apa kita diam sajalah..Jalur Gemilang ditukar kepada bendera lain dengan sesuka hati? Tak apa kita diam sajalah..Sultan kita dicerca dengan kata-kata yang tak sepatutnya? Tak apa kita diam sajalah..Dataran Merdeka dan keamanan negara cuba dikucar-kacirkan? Tak apalah kita diam sajalah

Pemimpin parti politik dicerca? Eh kita mesti bangkit pertahankan..Pertembungan dua parti politik sama-sama Melayu semasa proses pilihanraya dijalankan? Eh kita mesti bangkit pertahankan pemimpin parti politik kita..Baling-baling batu ke kepala musuh politik pun tak apa..Ingat di pilihanraya kecil Bagan Pinang? Ada baling asid..eh tak apa..demi pemimpin politik kita buatlah apa saja..

Apa tindakan kita bila junjungan besar kita diperlekehkan? Mungkin terlalu jauh untuk kita mencari sampai ke lubang cacing penerbit filem itu? Tetapi apa perasaan kita dan apa tindakan yang kita ambil bila mana ada rakyat Malaysia yang berbangsa Cina mempersoalkan tindakan umat Islam yang membantah perihal yang memperlekehkan junjungan besar kita?



Haruskah kita terus diam dan membisu? Atau adakah kerana kita dibenarkan untuk bersahabat dengan syaitan sebagaimana yang diizinkan oleh pimpinan PAS PIS PUS maka kita harus menyokong perilaku syaitan?

Benarlah kata Tun Mahathir bila mengatakan mungkin kata azimat Hang Tuah 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' tidak lagi akan boleh digunapakai kelak..

Melayu cuma hebat menghentam Melayu tetapi diam angguk sahaja bila orang lain mencerca Melayu bahkan lebih daripada itu Melayu seolah hilang daya apabila agama cuba dirobekkan..

Melayu nak tunggu apa lagi? Tunggu kiamat sajalah nampaknya..

No comments:

Post a Comment