Sunday, June 5, 2011

Buta mata dan buta mata hati





Orang alim selalunya memandang dengan mata hati. Sebabnya, hati orang alim bersih dan suci.


Sebagai orang biasa, memandang dengan mata sudah memadai. Adalah sukar untuk memandang dengan mata hati kerana hati manusia biasa sudah sempudal dengan tahi syaitan.


PAS kata video seks hanyalah besi dan bukanlah bukti yang sahih. Butakah mata orang yang memandang dan tambah menyiksakan bila mata hati turut dibutakan.


Bolehkah kita berkata, bahawa yang mengisytiharkan kemerdekaan bukanlah Tunku Abdul Rahman? Bolehkah kita katakan bahawa yang melakonkan watak Tuah dalam filem P.Ramlee bukanlah P.Ramlee hanya kerana kita sekadar menonton pengisytiharan dan filem itu dalam bentuk video?


Mungkin PAS akan mengatakan bahawa adanya krew dan orang-orang yang terlibat dalam pembikinan video P. Ramlee lantaran ianya dikatakan sahih. Siapa pula Eskay di dalam video itu? Tidakkah cukup dengan sumpah yang Eskay lakukan? Tidak sahihkah sumpah Eskay sehingga boleh dinobatkan sebagai saksi?


Alangkah buruknya keadaan apabila orang yang mendakwa diri mereka sebagai ulamak bukan sahaja buta pandangan tetapi juga buta hati.


Tidakkah PAS bercadang untuk mencari amoi di dalam video seks itu untuk mendapatkan kepastian? Timbalan Presiden PAS yang baru boleh mengambil inisiatif ini.

2 comments:

  1. kepada jebat, kau boleh bayangkan, org macam mat sabu boleh di angkat jd timbalan presiden, apa tak butanya lagi, sah buta perut.

    ReplyDelete
  2. Memang sah buta segalanya kecuali buta Anu.....eh..betul ke,....Anu pun buta jugak depan, belakang, cina dan lain-lain dia sapu.....

    ReplyDelete