Tuesday, May 24, 2011

Tanah runtuh: Bukan masa menuding jari



Sebak dan menyentuh perasaan tatkala aku menjejakkan kaki ke lokasi tanah runtuh di Hulu Langat.

Tidak pernah siapa menyangka bahawa kejadian menyayat hati itu akan berlaku. Benarlah tiada siapa mampu melawan takdir.

Sekalung penghargaan kita ucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam usaha dan operasi mencari dan kita tidak punya pilihan lain selain redha dengan ketentuan.

Orang-orang politik ramai yang hadir ke lokasi kejadian. Ikhlas atau sekadar mengisi keperluan politik? Tak mengapalah kita harus berbaik sangka sesama manusia.

Sudah ada kedengaran suara suara sumbang yang menyalahkan pihak pihak tertentu apabila terjadinya kejadian itu.

Aku suka menyeru kepada mana-mana ahli politik bahawa jangan jadikan kejadian ini sebagai platform politik untuk memancing sokongan.

Mungkinkah kejadian ini adalah tanda bahawa Allah ingin melihat sesama Melayu bersatu di dalam mencari jalan penyelesaian terhadap perbedaan politik? Mungkin juga sebagai satu ruang yang diberikan kepada pemimpin politik Melayu supaya bersatu padu dan berganding bahu menyelesaikan perkara ini bersama-sama? Tidakkah kita mahu sedar dan insaf akan kejadian ini?

Haprakdaily pula mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya jangan berlagak hero di dalam hal ini. Dan isu yang dinyatakan adalah bahawa sebenarnya ahli PAS yang mula-mula sampai ke lokasi kejadian berbanding ahli UMNO. Aduhai Melayu..soal seperti ini pun hendak dijadikan isu.

Susah sangatkah Melayu nak bersatu sehinggakan dalam hal-hal sebegini pun politik masih mahu dijulang dan diutamakan.

jebat kata: Kalau boleh nak aje aku sekeh sekeh kepala mana-mana pemimpin yang sibuk nak tuding jari mencari kesalahan mana-mana pihak berhubung kejadian ni. Benda dah nak jadi dan takdir Tuhan tak siapa boleh menolak. Bukan ke elok kalau sama-sama berbincang dan membantu sebaik mungkin?Terima kasih kepada Unit Amal PAS dan juga Skuad Sayang UMNO..bekerjasama ke arah kebaikan tidak pernah merugikan.

No comments:

Post a Comment