Seperti yang diduga BN akan terus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang. Biarpun mengundi di dalam keadaan banjir aku nak tabik spring pada pengundi Tenang yang begitu menunjukkan komitmen di dalam melaksanakan tanggungjawab.
Orang-orang tua selalu berkata kalau bermimpi air tandanya akan membawa tuah..Dan tuah itu jelas memihak kepada Barisan Nasional.
Tetapi nampaknya air yang banyak itu seperti yang aku katakan dalam artikel terdahulu bahawa Cikgu Mala tak kenang budi akan dimandikan di dalam Pilihanraya Kecil ini jelas ada benarnya.
Sebagai sesama Islam, aku percaya rakan-rakan bloggers walaupun kita telah 'mandikan' Cikgu Mala dengan pelbagai isu tetapi jauh di sudut hati kita sebagai umat Islam pastinya menyimpan simpati kepada Mala. Jangan hipokrit dalam hal ini. Kita bukan seperti pencacai taik hijau PAS yang akan gelak malah mendoakan rakan Islam di dalam UMNO di timpa bencana.
Bayangkan apa yang Mala akan lakukan selepas ini. Sesudah surut banjir di Labis kita semua akan pulang ke rumah masing-masing dan yang tinggal hanya Mala mengenang nasib. Jawatan guru yang sudah dilepaskan sudah tentunya melepaskan imbuhan pencen yang sepatutnya dinikmati.
Benar di dalam politik ada risiko yang terpaksa diambil..Tetapi dalam hal Tenang, Mala nampaknya sudah dikambinghitamkan. Apa logiknya berjuang kalau sudah tentu berakhir dengan kekalahan. Kalau mahu mencuba, biarlah ada kemungkinan untuk menang. Kenapa PAS tidak mahu menampilkan calon yang lebih bebas dan tidak perlu melepaskan jawatannya semata-mata mahu memenuhi kehendak pimpinan. Mengapa PAS sekejam ini kepada Mala?
YB Tok Ai..tahniah..Satu tanggungjawab yang cukup berat sedang menanti. Dan tugasan pertama Tok Ai..pergi bantu mangsa banjir yang bersusah payah mengundi anda. Kalau terpaksa menggunakan gayung untuk mengeringkan air itu, Tok Ai harus lakukan. Tidak ada jalan mudah dan enteng untuk jadi pemimpin.
Kita harap..semuanya akan tenang sahaja di Tenang selepas ini..Buang sengketa semasa kempen jauh-jauh dan teringin rasanya kita lihat Tok Ai dan isteri minum petang bersama Mala dan Ma'arof. Cuma harapan kita Ma'arof tidak akan cemburu..(ada lagi mood berkempen..keh keh keh).
Sah dan jelas..DOA NIK AJIS TERTOLAK DAN TIDAK MAKBUL DI TENANG..ALIMKAH??
Sunday, January 30, 2011
Saturday, January 29, 2011
Tenang: Selamat Mengundi

Kurang dari 12 jam daripada sekarang, rakyat Tenang yang berdaftar sebagai pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab di dalam memilih wakil rakyat mereka.
Setelah puas berkempen, jam 8 pagi sehingga jam 5 petang nanti akan menyaksikan siapakah yang akan dinobatkan sebagai YB bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang.
Bukan kepalang tanggungjawab yang diberikan kepada pengundi Tenang. Jika tersalah pilih wakil rakyat, seluruh rakyat Tenang akan pastinya ketinggalan dari arus kemodenan dan kemajuan Malaysia.
Intai-intailah sejarah kemerdekaan Malaysia..Nilai-nilailah siapa yang telah banyak berjasa kepada Malaysia termasuklah jasa kepada Tenang.
HARI MENGUNDI BUKANLAH MASA YANG SESUAI UNTUK MENCUBA MEMBUAT PERCATURAN DENGAN MENGAMBIL RISIKO KERANA RISIKONYA TERLALU TINGGI IAITU HARGA SEBUAH NEGARA.
BERDOALAH SEMOGA ANDA TIDAK TERMASUK DI DALAM SENARAI ORANG YANG MEROSAKKAN KEAMANAN NEGARA KITA YANG TELAH SEKIAN LAMA TERCIPTA.
DACING AKAN KEKAL SEIMBANG DAN BAHAYANYA BULAN JIKA DITIMPA GERHANA..
Friday, January 28, 2011
Tenang: Puncanya Ayam?
Sungguh terhutang budi aku dengan lagu nyanyian Jalil Hamid ni tentang ayam.
Banyak pengajaran yang boleh kita pelajari dari tabiee ayam:
Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam....
Pengajaran dari ayat di atas: Kalau dah bersanding kepala teleng..ada kemungkinan menyebabkan anda akan bersanding lagi (kahwin barulah)
Makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam..
Pengajaran dari di atas: Kalau mulut dah tak reti diam ada kemungkinan anda akan sibuk menawarkan diri menjadi calon wakil rakyat..
Kalau makan ajak-ajak ayam..
Pengajaran dari ayat di atas: Masyarakat harus berhati-hati dengan keadaan ini..ajak makan bersama semasa kempen pilihanraya saja..selepas itu..kau orang boleh makan tahi ayam dia akan makan peha ayam...
Kalau nak tidur..tidur-tidur ayam..
Pengajaran dari ayat di atas: Kalau nak tidur kenalah tidur dengan nyenyak kerana jika tidak anda akan dilanda penyakit DEPRESI atau KEMURUNGAN yang akan menyebabkan anda MC selama berminggu-minggu..(takpe kalau anda ada klinik milik sedara-mara)
Kalau tak nampak, itu rabun ayam..
Pengajaran dari ayat di atas: Untuk sesiapa yang ingin mengambil SPM penyakit ini harus dipandang serius oleh ibu bapa, jika tidak anak-anak anda akan gagal dalam MATEMATIK..mahukah anak melihat anak anda mendapat SAP?
Akhir kalam..Ayam punca jodoh dan ayam punca perceraian..Apa lah kau ni ayam..Sumbangan ayam pada sektor pertanian tetap ayam: KAU NI MEMANGLAH...TAHI AYAM!!!
Moral: Jangan guna nama Jebat Berkokok..kesannya anda akan amat mahir pada soal ayam..Gunalah nama GOMO untuk kesejahteraan kerana Menggomo isteri anda boleh mengelakkan penyakit depresi atau kemurungan.
Wallahualam...
Tenang: Surat terbuka buat GOMO

Apa yang lu merapu papagomo.com/2011/01/ekslusif-18-sx-edisi-tenang-normala-kfc.html
Gua sebenarnya bukan tak chenta sama dia..gua cuma bosan makan ayam..Tiap kali dating dan sampai dah berumahtangga dia asyik kasi gua makan ayam..Sekali sekala gua nak jugak makan nasi lemak..
Setibanya gua di maktab, gua berkenalan dengan abang misai yang sudi temankan gua sekerap boleh..biarpun dia terpaksa ambil MC untuk tuang kelas..lagipun dia kacak dengan misai kucingnya. Ada kawan-kawan dia yang beritahu gua walaupun dia poyo tapi gua tak ambil port itu semua kerana memang gua dah bosan makan ayam..
Gua cuma nakkan seorang lelaki yang boleh bantu menjadikan gua calon..Menang belum tentu tapi tak apa, gua memang dah tak larat nak makan ayam. Lu bayangkan Gomo sampai bila gua nak makan ayam..takkan selepas bersara nanti gua nak ternak ayam pulak..Gua tak sanggup jika nanti anak-anak gua terpaksa makan ayam setiap hari. Laratkah kalau setiap pagi gua terpaksa makan roti telur ayam dan telur ayam setengah masak..Tengahari makan kari ayam..dan malam makan ayam lagi..Gua jemu Gomo..Lu cubalah faham.
Takkanlah kemahiran gua cuma perlu berkisar pada ayam..Lu bayangkan kalau dalam tempoh berkempen gua cuma boleh bercerita pasal ayam..Takkanlah peruntukkan yang gua dapat gua cuma mampu rakyat Tenang bina reban ayam? Sampai bila Gomo sampai bila?
Lu tahu Gomo..Gua sudah seakan badi dengan ayam..Kalaulah gua menang di dalam Pilihanraya ini gua tak mahu terbang seperti ayam..sekejap terbang dan kemudiannya jatuh..gua mahu jadi seperti burung..Lagipun daging burung lebih mahal berbanding daging ayam..
Di dalam ruang sesempit reban ayam ini..Ketahuilah Gomo bahawa gua bukan tak chenta sama dia cuma gua sudah terlalu alergik dengan ayam..Berdamailah kita Gomo dan gua takkan kedekut ilmu jika lu mahu mendalami ilmu ayam..
Tahniah Gomo dan kerjalah dengan iklhas di Tenang..Jangan buat-buat sakit dan minta MC walhal sebenarnya lu sihat..Ketahuilah Gomo..memalsukan MC hanya akan menyebabkan lu makan duit gaji haram.
Yang benar,
Aku bukan penchenta ayam..
Labels:
ayam,
Azahar Ibrahim,
Bloggers,
BN,
KFC,
Normala Sudirman,
Papa GOMO,
PAS
Thursday, January 27, 2011
Tenang: Cikgu pun 'tuang' kelas


Masa sambutan Hari Guru, semua guru diibaratkan sebagai 'lilin membakar diri' menerangi anak-anak muridnya. Begitulah tingginya taraf seorang guru.
Apabila murid tidak datang ke sekolah kerana ponteng, guru pasti akan merotan murid itu kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai murid.
Di Tenang, biarpun musim cuti sekolah sudah lama berlalu tetapi masih ada lagi seorang guru yang sedang 'bercuti'. Ada sijil perubatan yang mengatakan beliau tidak sihat untuk ke sekolah tetapi kelibat manusia yang bergelar suami kepada bekas Cikgu Mala tak kenang budi sering membontoti Cikgu Mala tak kenang budi di ceramah-ceramah. Jadi siapa yang sakit? Suami Cikgu Mala tak kenang budi yang sakit..surat sakitkah yang sakit atau doktor yang mengeluarkan surat sakit itu yang sakit? Soalnya, PAS yang sedang sakit kerana membenarkan pengkhianatan kepada profesion perguruan sedang dilakukan.
Agaknya selepas selesai Pilihanraya Kecil DUN Tenang, ramai murid-murid tidak akan hadir ke sekolah kerana kalau cikgu nya boleh TUANG KELAS anak-anak murid pasti mengikut langkah.
Jika bapa kencing berdiri, anak pasti kencing berlari, Jangan jadi ketam yang mengajar anak berjalan lurus.
Cikgu Mala tak kenang budi sedang berjuang untuk siapa?Untuk bangsa atau untuk diri sendiri?
Jika kepompong seramai budak-budak sekolah pun suami Cikgu Mala boleh tinggalkan kepentingan mereka..bayang saja mampukah Cikgu Mala dan suami mampu membantu bilangan rakyat Tenang yang jauh lebih ramai?
Kita cadangkan manifesto Cikgu Mala tak kenang budi di Tenang: Politik di utamakan, Anak murid dan sekolah ditinggalkan..
Subscribe to:
Posts (Atom)