Friday, October 23, 2009

Bajet 2010: Benarlah, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan



Sekalung tahniah kepada YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan kerana telah membentangkan belanjawan atau bajet untuk tahun 2010 yang telah dibentangkan di parlimen pada sebelah petang semalam.

Dengan mengambilkira kepentingan rakyat sebagai perkara pokok dan menjana pertumbuhan ekonomi untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat jelaslah kepada semua bahawa seruan YAB Perdana Menteri untuk menjayakan gagasan 1 Malaysia bukanlah hanya sebagai satu momokan atau retorik yang bersifat gula-gula politik.

Dengan jumlah RM 191.5 billion dan hampir menyentuh untuk menyumbang kepada semua lapisan masyarakat adalah suatu usaha murni untuk menjuarai
kesejahteraan hidup.Suatu berita yang amat mengembirakan apabila ekonomi negara dijangka pulih dengan pertumbuhan 2-3% tahun depan berbanding negatif 3% pada tahun 2009.

Bajet kali ini turut mengambil kira kebajikan rakyat dengan mengambil kira kebajikan seluruh rakyat baik di bandar mahupun desa hinggalah kebajikan pemandu teksi dan pesara adalah bertujuan murni untuk menjuarai kebajikan dan periuk nasi rakyat.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan terima kasih juga kepada Barisan Nasional.

p/s: Pasti akan ada suara suara sumbang dari sebelah sana yang mengatakan cacat cela di dalam bajet kali ini. Tapi apapun jelas kerajaan BN menunjukkan kesungguhan untuk membela nasib rakyat. Sebelah sana pula asyik berpolitik dan mengheret rakyat ke arah keganasan dan berkeliaran di tengah jalan. Rakyat fikirlah dengan waras siapa yang membantu dan siapa yang menghancurkan negara.

Friday, October 16, 2009

UMNO perlu berubah atau ahli UMNO yang perlu berubah?

Selesai sudah Perhimpunan Agong UMNO 2009, yang paling jelas dari perhimpunan kali ini ialah UMNO sudah punya seorang jeneral yang cukup bijak untuk mentadbir.

Rata-rata perwakilan membawa intipati bahawa UMNO perlu berubah sekaligus membawa harapan untuk kembali menawan hati rakyat pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Pada Jebat UMNO tidak perlu diubah kerana perjuangan dan landasan UMNO telah digariskan sewaktu UMNO ditubuhkan lagi. UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Nama nama seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein dan beberapa nama besar lain jelas menggalas tugas itu dengan baik. Jadi apa yang perlunya UMNO berubah?

Tiada apa yang perlu diubah dengan UMNO sebaliknya ahli ahli UMNO lebih lebih lagi etika orang orang UMNO yang perlu diubah. Berubah untuk tahu menjadi orang yang bersifat rendah diri, tahu bercampur gaul dengan rakyat marhaen dan yang paling penting sentiasa mendampingi rakyat. Jangan hanya sibuk ke sana ke sini menunjukkan lagak dengan kemewahan yang sepatutnya dikongsi dengan rakyat.

Ahli-ahli UMNO perlu bersyukur dengan adanya seorang jeneral seperti Dato' Najib. Jangan kerana etika bodoh yang diamalkan oleh ahli ahli UMNO, UMNO akan nampak bodoh dan Dato' Sri Najib turut akan terpalit aibnya..

Sama-sama kita saksikan adakah benar ahli ahli UMNO akan berubah selepas ini atau hanya omongan kosong pelengkap jadual perhimpunan..

p/s:Jebat tetap sayang pada UMNO..tiada parti yang lebih baik dari UMNO..

Thursday, October 15, 2009

Bila Irama dan Lagu tidak seiring

Esok Perhimpunan Agong UMNO 2009 akan sampai ke penghujung acara. Para perwakilan pastinya mendapat nafas baru dan kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan.

Tabik spring pada Presiden UMNO, Dato' Sri Mohd Najib atas ucapan beliau yang jelas menunjukkan semangat juang yang tinggi. Presiden UMNO turut menyentuh asas perjuangan ahli ahli UMNO terdahulu yang tidak mengharapkan sebarang imbuhan sebaliknya berjuang atas dasar 'kesukarelaan'.

Sayap sayap parti seperti Pemuda dan Puteri (tidak termasuk Wanita) nampaknya macam dah jadi seperti orang yang hilang pendengaran. Atau mungkin kerana terlalu terikat dengan skrip ucapan yang dah disiapkan terlebih dahulu ucapan Presiden nampak seperti tidak bersambut.

Disebalik ucapan Presiden yang mengharapkan ahli ahli UMNO tidak mengharapkan imbuhan di dalam perjuangan, kedua dua wakil sayap ke perhimpunan agong ini sibuk mendesak Presiden parti untuk terus menyalurkan bantuan kewangan kepada ketua bahagian.

Ini masa dalam tempoh persidangan, agaknya seminggu selepas persidangan ini ahli ahli UMNO akan kembali kepada keadaan asal, terlalu asyik mengejar projek dan terus ingin menjadi golongan elitis.

Aduhai, benarlah kata Tun Mahathir, Najib bijak, UMNO lemah. Apalah gunanya jika Presidennya bijak tetapi ahli ahli tetap seperti dulu yang tidak mahu berjuang dengan ikhlas untuk agama, bangsa dan negara..

p/s: Jebat dah lama menjadi ahli UMNO cuma tidak pernah mengharapkan imbuhan yang datang bergolek cukuplah Malaysia aman dan sejahtera.

Tuesday, October 13, 2009

Bagan Pinang: Bagaimana nasib mereka yang tercedera?

Pilihanraya kecil Bagan Pinang telah pun berlalu. Tahniah kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana berjaya menang besar.

Biarpun telah berlalu kejadian pada malam sebelum pilihanraya diadakan tetap terpahat di hati Jebat. Jebat kagum dengan keberanian anak anak muda Bagan Pinang mempertahankan kampung halaman mereka dari dicemari oleh puak puak PAS. Sampai ada yang berkata kepada Jebat 'bang ini kampung halaman saya, jangan jadikan kami seperti merempat di kampung kami sendiri'. Jelas bahawa puak pakatan gila ni sudah lupa bahawa Bagan Pinang bukanlah kampung halaman mereka yang mereka bebas berbuat apa saja.

'Pertempuran' antara kedua dua jentera parti malam itu bukanlah suatu perkara kecil hingga ada kejadian membaling asid dan ada pula yang tercedera. Kalau benar perkara ini berlaku Jebat ingin bertanya siapakah yang akan membela nasib mereka yang tercedera ini? Kenapa pemuda UMNO masih belum mengambil sebarang tindakan termasuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan? Agaknya kalau benda ni terjadi kepada jentera PAS, dah lama Hasan Tontowi akan membawa benda ini ke tengah dan diadakan sidang media besar besaran?

Buktikan jika pemuda UMNO benar benar perkasa ambillah tindakan yang sewajarnya untuk membela nasib mereka yang tercedera kerana mempertahankan UMNO..Sekadar memberi pandangan..

Saturday, October 10, 2009

Bagan Pinang: Giliran muslimut PAS pulak meroyan



CARA CARA ADAB YANG DIAJAR OLEH NIK AJIS MELALUI TOKONG PAS

Seorang rakan baru sahaja dapat SMS dari seseorang. SMS yang agak bangang bunyinya tu kata pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan esok (11hb Oktober) telah ditangguhkan pada 15hb Oktober. Apa punya hamlau..Dia ingat SPR ni macam Nuar Jubur suka tangguh tangguh.

Susah sangat ke nak terima kenyataan yang PAS akan tersungkur lebam dalam pilihanraya Bagan Pinang ni? Baik musibat dan muslimut PAS nampaknya memang susah nak terima kenyataan ni.

Dan sebab susah nak terima kenyataan nilah sifat dan sikap musibat dan muslimut PAS ni sentiasa cemburukan kejayaan dan rezeki orang lain. Jebat pun bukanlah orang yang kaya macam pemimpin yang ada tapi Jebat tetap bersyukur kerana mampu makan dan minum yang secukupnya.Tidak pernah ada rasa irihati pada kejayaan orang lain.

Jebat percaya setiap rezeki yang ada dan dikurniakan itu datangnya dari Allah s.w.t.
Tidak perlu merungut kerana sekiranya kita merungut seolah olah kita tidak bersyukur pada Allah.

Musibat dan muslimut PAS mungkin tidak merasakan ini semua kerana Nik Ajis telahpun menjanjikan syurga biarpun Nik Ajis sendiri entahkan ke syurga atau ke neraka!!!Pun bukan urusan Jebat kerana semuanya kehendak Allah jua..Redha!!!