Friday, January 28, 2011
Tenang: Puncanya Ayam?
Sungguh terhutang budi aku dengan lagu nyanyian Jalil Hamid ni tentang ayam.
Banyak pengajaran yang boleh kita pelajari dari tabiee ayam:
Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam....
Pengajaran dari ayat di atas: Kalau dah bersanding kepala teleng..ada kemungkinan menyebabkan anda akan bersanding lagi (kahwin barulah)
Makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam..
Pengajaran dari di atas: Kalau mulut dah tak reti diam ada kemungkinan anda akan sibuk menawarkan diri menjadi calon wakil rakyat..
Kalau makan ajak-ajak ayam..
Pengajaran dari ayat di atas: Masyarakat harus berhati-hati dengan keadaan ini..ajak makan bersama semasa kempen pilihanraya saja..selepas itu..kau orang boleh makan tahi ayam dia akan makan peha ayam...
Kalau nak tidur..tidur-tidur ayam..
Pengajaran dari ayat di atas: Kalau nak tidur kenalah tidur dengan nyenyak kerana jika tidak anda akan dilanda penyakit DEPRESI atau KEMURUNGAN yang akan menyebabkan anda MC selama berminggu-minggu..(takpe kalau anda ada klinik milik sedara-mara)
Kalau tak nampak, itu rabun ayam..
Pengajaran dari ayat di atas: Untuk sesiapa yang ingin mengambil SPM penyakit ini harus dipandang serius oleh ibu bapa, jika tidak anak-anak anda akan gagal dalam MATEMATIK..mahukah anak melihat anak anda mendapat SAP?
Akhir kalam..Ayam punca jodoh dan ayam punca perceraian..Apa lah kau ni ayam..Sumbangan ayam pada sektor pertanian tetap ayam: KAU NI MEMANGLAH...TAHI AYAM!!!
Moral: Jangan guna nama Jebat Berkokok..kesannya anda akan amat mahir pada soal ayam..Gunalah nama GOMO untuk kesejahteraan kerana Menggomo isteri anda boleh mengelakkan penyakit depresi atau kemurungan.
Wallahualam...
KEHKEHKEH MMG BEST BRO!!..MORAL OF THE STORY: JGN MKN AYAM BYK SGT. KANG TAK PASAL2 MLM2 BERKOKOK NAK MENGAWAN. SIANN LAKI CIKGU TU BANGUN PAGI MERENG SEMCM HUHUHU
ReplyDeleteP/S - AKU SUKE MKN KEPAK AYAM JEK BROO
Bro Jeffry..aku pun suka makan kepak ayam..berminyak dan manis bro..melekit kadang2 kah kah kah..ayam mengawan waktu BULAN mengambang..
ReplyDelete