Monday, May 28, 2012

Mesej buat Nizar biadap



"KERABAT DiRaja Negeri Johor TIDAK PERNAH mengambil wang daripada kerajaan semenjak zaman kesultanan Almarhum Sultan Ibrahim. Anda bolehlah bertanya kepada Menteri Besar atau mana-mana pegawai kerajaan yang berkenaan. Wang yang diperuntukkan kepada Ayahanda saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tengku Mahkota disalurkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim yang bertujuan untuk membantu rakyat negeri Johor  and kerajaan negeri Johor. Saya semenjak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota tidak pernah mengambil walaupun 1 sen daripada kerajaan sehinggalah ke hari ini. Ini adalah duit rakyat saya. Jadi, sebelum anda membuka mulut buatlah kajian terlebih dahulu"

Ayat di atas adalah broadcast message yang Jebat terima di Blacberry usang Jebat berkenaan keceluparan mantan Menteri Besar Perak, Nizar yang sangat biadap mempersoalkan kemampuan Baginda Sultan Johor mendapatkan plat kenderaan WWW 1.

Dahulunya Nizar dan gerombolan HamPAS dengan biadab telah berbaring di tengah jalan menghalang pergerakan kenderaan Sultan Perak dan gerombolan biadab Pakatan jugalah yang telah menyebabkan Raja Muda Perak menunggu berjam jam lamanya untuk merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak semasa peralihan kuasa kerajaan negeri Perak kepada Barisan Nasional.


Jebat fikir itu adalah kemuncak kepada kebiadapan Nizar kepada institusi DiRaja rupanya keceluparan dan kebiadapan itu dipanjangkan pula kepada kerabat DiRaja negeri Johor.


Tetapi apabila direnung-renung semula apalah yang hendak dihairankan kepada keceluparan dan kebiadapan Nizar kepada kerabat DiRaja Johor. Sedangkan kepada keluarga DiRaja Perak pun beliau boleh celupar dan biadap inikan pula kepada kerabat Johor yang langsung tidak ada kena mengena dengan beliau.

Sebagai hamba rakyat, tidaklah berhak untuk Jebat mempertikaikan atau mencampuri urusan ini tetapi atas sifat kemelayuan yang menjulang institusi DiRaja, Jebat rasa terpanggil untuk melahirkan rasa kecewa di atas sifat biadap Nizar.

Kami rakyat Melaka yang tidak punya institusi Sultan pun tahu menjunjung kasih kepada Sultan negeri lain adalah amat menyedihkan jika ada Melayu di negeri lain yang tidak tahu menjunjung kasih kepada Sultan negerinya sendiri yang dijadikan payung untuk menumpang teduh.

Entahlah, Melayu sudah semakin lupa akan asal usul dan adab Melayu. Cuma satu sahaja yang bermain di benak Jebat 'jika Nizar hidup di zaman Kesultanan Melayu Melaka apalah bentuk hukuman yang bakal diterima Nizar'.

Alahai Melayu biadapnya kamu..Ampunkan patik Tuanku!!!

Thursday, May 24, 2012

Untunglah kamu KJ


ADA sesiapa yang mahu menjadi hipokrit dengan mengatakan tidak suka kepada artis Neelofa? Jebat tidak mahu menjadi lelaki hipokrit dengan mengatakan tidak meminati Neelofa yang ayu dan jelita itu.

Tetapi kata orang kena ukur baju di badan sendiri. Sekadar meminati kejelitaan anugerah Tuhan yang ada pada Neelofa. Kalau nak dikatakan standard, jauh panggang dari api. Sendiri mahu ingat!!!

Kalau mendapat pujian daripada Neelofa seperti apa yang ditulisnya di Twitter berkenaan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mahu rasanya Jebat berkhemah di Dataran Merdeka macam mahasewel tempoh hari.



Selayaknya KJ mendapat pujian seperti itu kerana KJ memang seorang anak jantan yang berani. Cuma kita harapkan KJ jangan terlalu ghairah untuk melayan setiap permintaan Pakatan untuk berdebat kerana secara tidak sedarnya kita sedang memberi ruang kepada mereka untuk menjual ubat di mata rakyat.

Kita harus profesional dengan pujian Neealofa pada KJ tu. Jangan sampai ianya menjadi ruang kepada puak pakatan untuk balun ketua pemuda kita yang anak jantan sifatnya.

Tolonglah mana-mana artis jelita puji Mat Sapu aka Normah bau lekat kat hidung...Abg Mat pun nak jugak...

Wednesday, May 23, 2012

Apalah gunanya berkata benar


KATA orang kalau mahu memberi nasihat berilah kepada mereka yang sudi mendengar dan sudi mengambil iktibar kepada nasihat yang diberikan. Tidaklah dapat kita nafikan bahawa tindakan memberi nasihat adalah suatu tindakan yang terpuji, cuma persoalannya ialah sejauh mana kesudian orang yang mendengar nasihat itu menerima nasihat kita. Adakah ianya ibarat mencurah air di daun keladi atau sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri?

Menyentuh kepada soal debat di antara Ketua Pemuda UMNO dan beberapa pimpinan Pakatan yang telah diadakan baru-baru ini. Benar dan kita mengucapkan terima kasih dan syabas kepada KJ kerana berani mengambil tanggungjawab untuk berhujah. Kita sedar bahawa tindakan KJ itu pastinya berasaskan kepada niat untuk memberikan penerangan kepada rakyat terhadap segala isu yang memutar ligat di bibir pimpinan Pakatan.

Adakah berbaloi usaha yang KJ lakukan itu? Debat di antara KJ dan Ambiga yang diadakan menjurus kepada soal penganjuran Bersih 3.0 adakah berjaya menghalang daripada tercetusnya perhimpunan yang penuh kegilaan itu? Sama ada kita sedar ataupun tidak, debat itu sekadar memberikan peluang dan platform kepada penganjur BERSIH untuk mempromosi perhimpunan yang penuh celaru itu.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal sekali lagi kita menghidangkan platform yang cukup luas kepada mereka apabila sekali lagi diadakan debat, kali ini di antara KJ dan Rafizi. Kalau ditanya siapa pemenang di dalam debat itu, jawapannya cukup mudah. Tanyalah kepada penyokong KJ dan seluruh orang-orang UMNO tentulah kemenangan berpihak kepada KJ tetapi jika sebaliknya tentulah penyokong-penyokong Rafizi berkata bahawa Rafizi berjaya meratah KJ dengan penuh lahap. Jadi adakah berbaloi debat itu diadakan?

Adakah kita cukup yakin bahawa debat itu dapat menyumbang kepada penjurusan minda pengundi atas pagar untuk memilih BN di dalam PRU yang akan datang?Atau adakah kita tidak sedar bahawa debat itu memberikan ruang dan peluang kepada Pakatan mempromosi idea minda celaru mereka untuk mencelarukan lagi minda rakyat?

Seharusnya kita sudah cukup masak dengan permainan licik daripada Pakatan yang tidak akan berhenti daripada memperlahankan momentum mereka daripada terus kelihatan di mata rakyat. Soal menang atau kalah di dalam debat itu bukanlah perkara pokok dan asas, yang pentingnya kehadiran dan segala perancangan mereka untuk sentiasa kelihatan dekat di hati rakyat harus digunakan sebaiknya di atas pentas debat itu. Adakah kita akan sentiasa terlupa bagaimana hebatnya mereka bermain dengan kata dan sering pula mereka menerobos minda rakyat dengan segala janji yang didakwa datang dari bulang bintang?

Bukti nyata di dalam debat itu, ialah bilamana Perdana Menteri dicabar supaya berdebat dengan Anugerah Tuhan yang sentiasa dahagakan ruang untuk mencari publisiti. Tentunya rakyat sudah termakan kepada momokan idea bahawa Perdana Menteri adalah seorang yang pengecut jika tidak menyahut kepada cabaran itu. Persetankan kepada cabaran itu sebagai manusia yang bergelar Anugerah Tuhan itu boleh menidakkan untuk bersumpah laknat biarpun dicabar berkali-kali.

Apa bezanya dengan muzakarah UMNO-PAS yang dicadangkan untuk diadakan. Belum apa-apa lagi syarat sudah dikenakan kepada UMNO supaya memenuhi syarat gila mereka. Adakah anda fikir muzakarah itu akan membawa kepada kebaikan kepada umat Melayu di Malaysia? Barang harus diingat bahawa UMNO adalah parti pemerintah dan cubalah terangkan dengan jelas di mana perlunya kita mendengar dan cuba mengisi setiap permohonan mereka? Buat baik berpada-pada...

Tidak perlulah kita membuang masa untuk berdepan dengan orang yang penuh dengan cita-cita dan bijak mengambil kesempatan. Biarpun perbincangan dan muzakarah adalah sebaik-baik tempat untuk mencari titik persamaan tetapi rasanya bukan dengan orang seperti ini kerana kita sudah sedia maklum ianya pasti akan berakhir dengan tikaman lidah menyalahkan kita.

Video yang jelas dengan aksi pun mereka mengatakan sebagai besi yang tidak berupaya menggambarkan apa-apa inikan pula bait kata daripada lidah yang tidak bertulang.

Teringat pula kepada pantun yang sering digunakan oleh ramai pendebat sewaktu zaman sekolah.


Dengar cakap enggang
Makan buah belokok
Dengar cakap pembangkang
Terjun masuk lobok.



Kehebatan mereka adalah bercakap..ambillah tindakan supaya mereka berhenti bercakap...


Tuesday, May 22, 2012

Mudah-mudahan AAKJ tak macam ini...



ALANGKAH malangnya UMNO kerana mempunyai pemimpin yang jati dirinya amat lemah seperti sahabat kita yang terkesima di dalam gambar ini.

Jika kita bertanya mengapa kemelesetan undi BN semasa PRU yang lalu maka inilah antara jawapan kepada permasalahan tersebut.

Jebat tidak berapa faham kepada permasalahan yang anak muda ini cuba utarakan kerana Jebat tidak mengenali anak muda ini secara peribadi jadi tidaklah adil jika Jebat melabelkan yang tidak sepatutnya kepada beliau.

Cuma Jebat ingin mempersoalkan perihal jatidiri anak muda ini di dalam berjuang. Jika mengikut kepada pemahaman Jebat, isu projek yang menjadi punca kepada salakan anak muda ini. (betulkan Jebat jika tersilap).

Sayugia, sukalah Jebat berpesan kepada anak muda ini. Di antara asas perjuangan dan kepentingan diri yang manakah anak muda ini utamakan? Adakah anak muda ini menyertai parti untuk mengejar kemewahan hidup atau meletakkan kepentingan bangsa sebagai panji perjuangan?

Anda tidak boleh menyertai parti untuk membuat mahligai tetapi anda boleh menyertai parti untuk membuat bekalan untuk mati kelak dengan mengharmonikan negara. Jebat sendiri sudah berbelas tahun menyertai UMNO tetapi tidak sesekali terlintas di kepala Jebat untuk meninggalkan parti kerana tidak mendapat sebarang habuan. Pada Jebat cukuplah dengan apa yang ada pada Jebat kerana barang harus kita ingat bahawa bukan UMNO atau mana-mana parti yang memberi rezeki selain daripada Allah. Biarlah parti menjadi instrumen pengharmonian kepada negara. Cukup.

Sudah menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda dan Ahli Majlis Daerah Kampar sepatutnya menjadikan anak muda ini matang di dalam berpolitik. Jebat minta anak muda ini renungkan semula kepada sejarah beliau memasuki UMNO. Tidak pernah ada sesiapa di dalam dunia ini yang menyuruh atau memaksa beliau menyertai politik justeru menyertai parti politik ini adalah pilihan peribadi beliau. Untuk menjadi seorang pemimpin, tidaklah perlu mendidik orang di bawah anda dengan wang ringgit kerana Jebat sendiri telah meletakkan jawatan sebagai pimpinan di peringkat cawangan kerana merasakan ketidakmampuan Jebat untuk menyumbang kepada masyarakat di tempat itu. Justeru Jebat melepaskan jawatan itu dengan sukarela tanpa ada sekelumit rasa benci kepada parti. Jiwa dan roh Jebat tetap bersama UMNO. Tiada masalah.

Justeru, ingin Jebat berpesan kepada anak muda ini, tidak perlulah menggadai perjuangan hanya kerana keinginan dan hasrat tidak dipenuhi. Jalan keluarnya cukup mudah, lepaskan jawatan atau jika anda merasakan ada parti lain yang lebih baik silalah isu borang untuk menyertainya. Asas perjuangan anda sendirilah yang tentukan tidak ada sebarang paksaan di dalam politik.

Jika mengikut kepada petikan dari filem P.Ramlee setelah reda angin kus kus anak muda ini tampil dengan satu sidang media yang bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan beliau yang terlebih salak. Bagus benar tindakan mengakui kesilapan ini tetapi anak muda ini harus sedar bahawa beliau telah menconteng arang di muka seluruh ahli UMNO. Sudah terpalit buih buih ludahan di muka pimpinan UMNO. Andaiannya cukup mudah. Pakatan  boleh mentafsir kepada 2 kemungkinan. Pertama, benar-benar sudah wujud kekesalan di hati anak muda ini atau keduanya sudah mendapat apa yang diinginkan. Aduhai Melayu..lemah benar jiwa kamu..!!!!

Sebagai saudara sesama Islam kita terima permohonan maaf anak muda ini tetapi adakah permohonan maaf ini akan berjaya mencuci dosa yang dipalitkan kepada parti? Anak muda ini telah membogelkan UMNO dan robek di hati ahli-ahli UMNO yang benar-benar berjuang bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk dipujuk? Kepada mana-mana ahli yang meletakkan kepentingan peribadi sebagai asas, video ini tidak membawa sebarang makna tetapi bagaimana pula dengan kami yang berjuang tanpa meletakkan wang ringgit sebagai asas?

Sahabat blogger AAKJ menyandang jawatan di peringkat bahagian UMNO tetapi sebagai sahabat yang benar-benar kenal AAKJ, Jebat sedar akan kepayahan dan kesulitan wang ringgit yang dihadapi AAKJ tetapi alhamdulillah asas perjuangan sahabat blogger AAKJ tak pernah goyah dan Jebat tahu selamanya tidak akan goyah. Jebat dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang berjuang di dalam parti yang tidak meletakkan asas perjuangan dengan wang ringgit. Benar, wang ringgit diperlukan untuk mengisi perut dan membasahkan tekak untuk meneruskan perjuangan tetapi adakah sebagai seorang pejuang anda takut dan gentar untuk menahan lapar dahaga? Jika takut dan gentar sekalipun janganlah menyalahkan parti. Sebaiknya, anda lepaskan jawatan dan bekerjalah dengan cara anda sendiri. Perjuangan membutuhkan bukan sahaja wang ringgit malah masa anda. Tidak ada yang pernah memaksa anda berjuang dan tidak pernah pula ada yang menyekat anda untuk berhenti berjuang. Anda buatlah pilihan sendiri.

Amarah anda di dalam video ini adalah amarah marah dan yang marah itu adalah datangnya daripada bisikan syaitan yang menyesatkan. Beberapa pilihan yang ada pada anda...LEPASKAN JAWATAN ANDA atau SERTAI MANA-MANA PARTI POLITIK YANG ANDA RASA BOLEH MEMBERI KEMEWAHAN KEPADA ANDA atau BERHENTI DARI DUNIA POLITIK. Anda tentukan.

Mulakan perjuangan dengan Bismillah dan akhirkanlah dengan AMIN..Itulah UMNO...Intai-intailah logo UMNO yang dikatakan keramat itu..

Tuesday, May 15, 2012

Pakatan: Dalam hati ada taman


SUDAH terang lagi bersuluh. Jiwa, kewibawaan dan jati diri pimpinan Pakatan tidaklah seutuh mana dan tidaklah segigih mana untuk bergelar pemimpin.

Saban hari pimpinan BN khususnya UMNO mereka asak bagaikan tiada lagi esok dan seolah-olah kita orang-orang UMNO tidak ada perasaan dan jiwa. Tetapi lihatlah dunia, betapa jiwa perjuangan kita masih utuh dan tidak sesekali goyah walaupun di 'anjingkan' setiap hari. Kita menjadi kuat kerana keihklasan kita di dalam perjuangan dan kita sedar apa yang dianugerahkan kepada kita adalah anugerah Tuhan dan takdirNya jua.

Kita tidak pernah mengheret rakyat untuk membela nasib kita bahkan kitalah yang memperhambakan diri untuk rakyat. Biar seteruk mana kita dikecam kita tidak pernah membalas kata hina itu dengan bait-bait kata yang sehina diri mereka.

PDRM dihentam oleh gerombolan manusia gila seolah-olah merekalah yang menguatkuasakan undang-undang sehinggakan mereka terlupa anggota PDRM punya keluarga yang perlu disuap makannya setiap hari. Punya anak isteri yang saban hari menunggu kepulangan si ayah yang membawa rezeki.

Pun begitu kita masih dapat lihat riak senyum di raut wajah anggota PDRM biarpun jiwa mereka penuh seksa menanggung makian yang tidak berperikemanusiaan. Amanah yang anggota PDRM pikul bukanlah semudah yang kita sangka. Dalam senyum penuh menangkis segala penghinaan.

Terbaru, Perdana Menteri kita diejek dan dipermainkan oleh manusia yang tidak kenal erti budi bahasa. Alangkah malunya kita kerana terpaksa menerima kehadiran rakyat yang mulutnya secelupar jalang yang tanpa mereka sedari sedang memburukkan negara di mata dunia. Pun begitu, Perdana Menteri masih tenang-tenang sahaja kerana tentunya beliau sedar sebagai pemimpin itulah antara beban yang terpaksa dipikul untuk kesejahteraan negara. Tahniah kepada Perdana Menteri kerana tidak melenting dengan kata-kata nista itu.

Adakah kejituan dan ketahanan diri pimpinan Pakatan sekuat ini jika menerima kata-kata nista seteruk ini?

Tanyalah para golongan wartawan yang mesra BN adakah Nuar Berahim bersedia untuk menerima soalan yang tidak merupakan bola tanggung kepadanya? Bukanlah perkara asing kepada para wartawan untuk menerima herdikan daripada Nuar Berahim. Soalan yang diajukan dipulangkan pula dengan herdikan dan air muka yang bengis. Sebaliknya, tanyalah soalan yang berbentuk pujian, pastinya wajah Nuar Berahim berseri-seri ibarat anak gadis menerima pinangan.

Ambiga pun seakan tidak tahu tersenyum bila menerima kehadiran 'penari gelek punggung' di hadapan rumahnya. Dikatakan pula sebagai menerobos haknya untuk bersendirian di rumah. Adakah si perosak ini sedar bahawa membawa gerombolan ke jalanraya adalah merupakan penerobos kepada kesejahteraan negara?


Anak derhaka yang tidak diterima ibunya pula membuktikan bahawa lidah tidak bertulang. Mulutnya cukup lancang apabila menghukum pimpinan UMNO tetapi apabila dikaitkan dengan adegan jamban dan anak derhaka, zikir hina pula yang meniti dibibirnya. Jari segera menuding kepada pihak lain bahkan berani pula berkata ibunya digula-gulakan untuk bercakap sedemikian rupa? Adakah tanpa sedar kenyataan itu seolah-olah menggambarkan ibunya boleh digula-gula dan tidak punya rasa waras untuk memburukkan anaknya tanpa periksa?


Mantan Menteri Besar Perak yang tanpa segan silu naik ke pentas ceramah UMNO baru-baru ini sekadar menampakkan betapa lemahnya ketahanan jiwa. Sifat kebudak-budakkan dan tidak matang jelas menampakkan betapa beliau tidak selayaknya duduk di kerusi Menteri Besar Perak. Bayangkan sahaja jika beliau diludahkan dengan gelaran 'hitam metalik' seperti yang digambarkan kepada Dr. Zambry? Adakah Nizar boleh mententeramkan jiwanya? 

Tanyalah kepada Nizar, siapa pimpinan UMNO yang pernah berkelakuan sumbang sepertinya dengan menghadiri ceramah Pakatan? Adakah anda setuju jika dikatakan bahawa pimpinan UMNO pasti dinista dengan kata-kata cerca jika berkelakuan seperti Nizar? Entah siapa yang menobatkan dirinya sebagai hero, Nizar di dalam laman twitter dengan penuh bangga berkata bahawa diri beliau sebagai hero kerana berjaya menerobos masuk ke gelanggang UMNO. Mujur baik Nizar berada di gelanggang UMNO jika tidak pasti mukanya menerima lemparan telur busuk.


Akhirnya Jebat sedar, segarang dan selantang mana pun pimpinan Pakatan, jiwa mereka cuma lemah bila terkena batang hidung sendiri. Jiwa seperti ini tidak layak untuk menjadi pemimpin kerana di rakyat di luar sana sudah terhidang dengan pelbagai masalah dan adakah anda fikir jiwa pemimpin Pakatan akan dapat mengimbangi permasalahan rakyat dengan tenang? Jangan pula kita terkejut jika rakyat akan menerima nasib yang sama dengan pimpinan UMNO...HERDIKAN DENGAN KATA NISTA.

Rupanya dalam lantang dan cengih..rupanya dalam HATI ADA TAMAN..macam Milosuam..AUWWWW....