Sunday, April 29, 2012

Sampai bila kita harus ber 'kote' lembik?


SESUNGGUHNYA, Bersih 3.0 yang berlangsung pada hari Sabtu yang lepas telah menjadi titik hitam di dalam sejarah negara. Biarpun tidak ada berlaku kehilangan nyawa tetapi kejadian merusuh yang dilakukan oleh peserta Bersih sangatlah mendukacitakan.

Bertentangan benar dengan nilai tatasusila rakyat Malaysia yang sepatutnya kaya dengan budi bahasa dan nilai-nilai santun yang tinggi semuanya dirobek mentah mentah oleh perusuh Bersih. Benarlah apabila ada orang yang berkata kerana 'nila setitik, rosak susu sebelanga' dan kerana 'seekor kerbau terpalit najis habis sekandang kerbau turut terpalit najis'. Dan di dalam konteks ini, najis itu adalah penganjur Bersih yang mengundang pelbagai malapetaka kepada bumi Malaysia yang tercinta.

Rusuhan itu sebenarnya telah dijangka pada peringkat awal lagi. Apabila keengganan penganjur Bersih untuk mengalih lokasi perhimpunan seperti yang ditawarkan oleh pihak berkuasa jelas benar ada perhimpunan itu penuh dengan agenda jahat. Tetapi apa yang menghairankan sehingga ke hari ini kita masih bersikap 'tidak mengapa' kepada suatu niat jahat yang telah sememangnya kita sedar.

Apa lagi yang perlu kita tunggu? Adakah sehingga menumpahkan darah baru kita hendak mengambil tindakan kepada mereka yang merobek keamanan negara. Jika hal mencuri seluar dalam wanita pun merupakan kesalahan dan didakwa apakah perbandingan terhadap mereka yang merusuh dan mengancam keselamatan negara? Penganjur dengan dada yang bidang dan angkuh secara terang-terangan melaungkan akan menjahanamkan negara tetapi apakah tindakan yang kita ambil? Sekadar bertahan dan terus bertahan?

Jika kerajaan merasakan bahawa para perusuh itu merupakan 'rakyat' yang harus didengari suatu hati mereka apakah kerajaan terlupa bahawa bilangan rakyat yang cintakan keamanan negara agar terus terpelihara bilangannya jauh lebih banyak daripada perusuh yang bersifat syaitan dan kebinatangan itu?

Kenapa kita harus tunduk kepada kemahuan penganjur dan perusuh itu? Benar, sabar merupakan sebahagian daripada iman tetapi jangan pula kita terlupa bahawa sabar manusia ada hadnya. Rakyat sudah muak dengan sikap kita yang terlalu berlembut. Jika perihal merogol pun kita berusaha keras untuk menangkap perogol itu, apalah yang sukarnya untuk menangkap penganjur Bersih itu? Bukankah mereka dengan jelas mengumumkan bahawa merekalah yang bertanggungjawab menghasut rakyat dengan tusukan minda berbau hanyir dan mencetus provokasi melampau kepada rakyat untuk merusuh? Bukti apakah yang kita mahukan?

Inilah antara kesilapan kerajaan apabila mengambil sikap keterbukaan. Dahulunya, Jebat telah berkata bahawa ratu cantik pun tidak telanjang di atas pentas biarpun juri ingin mengadili sejauh mata cantiknya tubuh badan mereka kerana masih ada lagi ruang-ruang yang perlu ditutup kerana di situlah letaknya maruah dan harga diri. Berbalik kepada soal keterbukaan yang kerajaan ambil ianya memanglah mendatangkan kebaikan tetapi kepada mereka yang tahu nilai dan batasan keterbukaan. Adakah nilai dan batasan itu dapat dihayati oleh perusuh yang merusuh tempoh hari? Sudahnya, kita hanya menunggu masa untuk dibogelkan dan diaibkan.

Kerajaan seharusnya sedar bahawa, rakyat yang cintakan keamanan sedang mengintai-intai apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan bagi menangani perusuh ini. Jangan sampai pula rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan dan akan dinafikan hak sebagai permerintah di dalam PRU yang akan datang. Adakah kerajaan fikir rakyat akan terus memberi kuasa kepada kerajaan yang lemah dan tidak berani?

Kejadian menjahanamkan kenderaan polis dan bagaimana anggota polis dibelasah adalah suatu petanda dan peringatan supaya kerajaan menjadi lebih berani dan tidak bersikap teragak-agak. Kerajaan lihat-lihatlah bagaimana anggota keselamatan berhempas pulas mempertahankan kedaulatan negara dan persoalannya ialah sampai bila mereka akan terus dikerah keringatnya tanpa ada sokongan dan tindakan berani daripada kerajaan? Darah mereka yang tumpah untuk membela dan menjunjung kedaulatan negara seharusnya di sambut dengan tindakan berani kerajaan di dalam menghukum para perusuh terutamanya dalang-dalan utama di dalam perencanaan Bersih itu.

Jika selembik inilah tindakan kita, jangan pula kita terkejut dengan kemungkinan para perusuh akan mengambil tindakan yang jauh lebih agresif. Membakar bangunan misalnya atau mungkin sahaja mereka akan menggunakan senjata yang akan memudaratkan dan mengakibatkan kehilangan nyawa.

Berulang kali telah kita berpesan kepada kerajaan. Kuasa yang ada pada anda adalah kuasa yang diberikan oleh rakyat justeru adakah kerajaan harus mendengar keluh kesah daripada rakyat minoriti berbanding keluh kesah rakyat majoriti di luar sana?

Percayalah, rakyat teramai amat menagih tindakan tegas daripada kerajaan. Perkuatkuasakanlah undang-undang semaksima yang mungkin sebelum rakyat hilang kepercayaan kepada anda. Orang yang tidak pernah berminat dalam politik sebelum ini pun sudah merpertikaikan akan ketegasan kerajaan. Jangan sampai pula mereka hilang keyakinan untuk terus memberikan kuasa itu kepada kerajaan bukan kerana bencinya mereka kepada kerajaan tetapi kerana lembiknya kerajaan itu sendiri.

Tidaklah dapat kita nafikan bahawa pimpinan Barisan Nasional adalah pimpinan yang terbaik untuk memimpin negara cuma rakyat sudah lama rindukan kepimpinan yang tegas seperti Tun Mahathir. Gunakanlah kuasa yang ada pada anda sebaiknya jika tidak rakyat akan mengkategorikan tindakan lembik ini juga sebagai SALAH GUNA KUASA.

Tangkap dan berkasa sahaja Ambiga, Nuar Berahim dan konco-konconya. Jangan hanya kerana mereka mendapat sokongan rakyat minoriti kita perlu merasa gentar dengan mereka. Gelombang kebangkitan rakyat teramai pasti akan dapat menidakkan kesombongan dan keangkuhan mereka.

Dakwa dan kenakanlah apa-apa juga tindakan kepada mereka kerana rakyat sudah terlalu muak melihat gelagat mereka yang tidak ubah seperti Dajjal. Kami akan berdiri teguh di belakang anda!!!





Tuesday, April 24, 2012

Dulu karipap kini ais krim..segala jenis makanan

     

Siapa yang pernah terlupa akan karipap semasa suatu perbicaraan suatu ketika dahulu. Kita semua dikejutkan dengan pendedahan saksi utama bahawa beliau telah dihidangkan dengan karipap selepas adegan terlarang itu terjadi.

Kini sekali lagi kita digemparkan dengan satu lagi jenis makanan atau mungkin juga minuman..AIS KRIM.

Sama ada karipap atau ais krim yang digambarkan ianya bukanlah sesuatu yang lucu untuk diperkatakan tetapi kita lebih ingin mengetahui sama ada benar-benar berlaku perilaku 'memakan' ais krim di dalam video yang didakwa akan meletuskan lahar gunung berapi jika didedahkan.

Perihal perilaku kejadian terlarang itu berlaku bukanlah sesuatu yang baru kita dengar. Ianya sudah menjadi bualan ramai orang cuma ianya ditepis dengan begitu angkuh oleh pihak tertentu. Ianya seringkali dikaitkan dengan konspirasi terancang yang didakwa untuk membunuh karier politik individu tertentu. Tidak kurang juga yang dengan berani mencabar untuk pihak yang dikatakan terlibat dalam kegiatan 'makan ais krim' itu untuk mendakwa yang menyentuh isu itu di mahkamah.

Ianya berlanjutan hingga ke satu tempoh yang panjang sehinggalah ke hari ini tanpa sebarang pembuktian dan tanpa sebarang penafian yang benar-benar dianggap munasabah untuk mengiakan atau menafikan kejadian itu.

Apa yang didedahkan oleh seseorang yang rapat dengan orang yang didakwa melakukan makan ais krim itu tentulah boleh dinobatkan sebagai pengakhiran kepada segala teki teki yang sekian lama tidak berjawab.

Cuma Jebat acap kali terfikir sebaik mana sekalipun bukti yang ada PENAFIAN pasti akan dilakukan oleh orang yang memang terkenal dengan penafian biarpun bukti amat jelas di depan mata. Di tambah pula dengan sokongan daripada rakan rakannya yang secara jelas sekadar membuat penafian untuk kepentingan politik. Jika video dan segala cctv gagal dijadikan bukti sahih apalah gunanya kita berlumba lumba untuk mengejar kemajuan dalam bidang sains dan teknologi.

Tetapi kita sesungguhnya cukup hairan di dalam bidang perubatan, pihak yang menafikan bahawa video dan cctv tidak boleh dijadikan sebagai bukti sering pula mendapatkan perubatan di mana-mana hospital yang teriring dengan kemajuan sains dan teknologi.

Jika dahulu kebuncitan perut diguna pakai sebagai alasan untuk membuat penafian apakah kali ini kita akan dapat mendengar bahawa darjah kepanjangan sebagai punca untuk membuat penafian yang akan dilelong di seluruh negara.

Kita cukup sedar bahawa yang didakwa melakukan kejadian itu seboleh mungkin menolak dan menbuat penafian untuk melepaskan bahu dari tanggungan beban yang amat sangat tetapi kita tidak sedar bahawa ada orang yang suka suka menutup mata dan telinga untuk membuat penafian bahawa yang wujud di dalam video itu adalah BOSS mereka.

Bukan soal etika dan tingkahlaku moral yang menjadi perjuangan mereka tetapi perjuangan membela boss mereka adalah segalanya kerana di dalam hati telah disematkan rasa dan harapan bahawa jika boss menduduki kedudukan tertinggi BISA SAHAJA AKU MENJADI KAYA RAYA DAN SENANG LENANG TANPA PERLU BERUSAHA MENCARI NAFKAH. KEBAJIKAN!!!!

Monday, April 23, 2012

Shafie Apdal membuat penafian



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan yang dibuat oleh seorang yang mendakwa bekas pemandu di bawah beliau baru-baru ini.

Dakwaan tersebut mengaitkan beliau dengan seorang artis wanita, dan kononnya beliau membayar RM1.5 juta dalam beberapa siri pertemuan sulit.

Shafie berkata apa yang terkandung dalam laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi itu tidak benar, berniat jahat dan bermotivasikan politik semata-mata.

Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa saja yang terus mengaitkan beliau dengan isu tersebut.
Kita sama-sama tunggu siapa yang akan disaman berhubung isu ini..

Thursday, April 19, 2012

Semakin hampir semakin banyak provokasi

adam-adli-ptptn
Adakah anda akan mengizinkan anak muda sementah ini untuk merobek-robekkan kemakmuran negara?

TENTUNYA..haiwan di zoo pun akan tergelak sakan apabila mendapati bilangan orang yang melawat mereka lebih ramai berbanding dengan orang yang melawat mahasewel yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.

Jebat yang sering lalu lalang di kawasan Dataran Merdeka sudah hampir terlupa akan kewujudan puak yang mendakwa diri mereka mahasiswa sedang berkhemah di Dataran yang penuh sejarah itu. Boleh dihitung dengan jari orang yang mengambil pandang kewujudan mereka di situ.

Jika dahulunya, populariti mahasewel ini cuba diekspolitasi oleh gerombolan Pakatan secara senyap tetapi apabila melihat kepada populariti mahasewel ini gagal sebaris dengan kepopularitian Aron Aziz, gerombolan Pakatan sudah tidak punya banyak pilihan selain daripada turun padang untuk menjayakan agenda yang penuh tersirat ini.

Tidak cukup dengan itu, timbul pula kisah bagaimana demo berkhemah ini telah diserang oleh sekumpulan Samurai Hitam. Yang menghairankan kita ialah sering kali kedengaran mereka telah diserang dan dikasari tetapi setiap kali itu jugalah yang menyerang mereka itu gagal dikesan. Kalau benarlah gerombolan yang menyerang mereka itu dikenali sebagai Samurai Hitam rasanya kelibat demo khemah di Dataran Merdeka sudah tidak kelihatan. Nama pun Samurai tetapi sehingga ke detik ini, mahasewel ini masih mampu tersenyum mengunyah pisang macam.......

Ramai ayam salak Pakatan terpaksa turun membanjiri Dataran Merdeka seolah-olah cuba menggambarkan  bahawa demo berkhemah ini sebagai berhasil dan rakyat merestui. Sekali lagi mereka menjual nama rakyat sepertimana mereka melacurkan nama rakyat untuk digunapakai sebagai Pakatan Rakyat. Entah bila pula rakyat merestui untuk 'berpakat' dengan mereka tidaklah kita ketahui.

Demo berkhemah ini boleh saja kita ibaratkan sebagai mercu lihat sebelum BERSHIT 3.0 di adakan pada 28 April. Demo berkhemah ini boleh saja digunapakai oleh penganjur BERSHIT 3.0 untuk melihat samada akan ada tindakan daripada pihak berkuasa dan sebagai medan ujian untuk berkira-kira sama ada BERSHIT akan mendapat sambutan ataupun tidak.

Jika sebelum ini puak pendemo terpaksa berdepan dengan semburan air gatal dan gas pemedih mata menyebabkan bilangan yang hadir tidak ramai, maka demo berkhemah ini sebagai penanda aras untuk membangkitkan keberanian puak puak tolol pakatan untuk turun berdemo pada 28 April ini.

Tentunya, manusia anugerah Tuhan telah melolong ke dalam kem mereka bahawa setakat ini demo berkhemah itu telah berjaya menawan Dataran Merdeka dan lihatlah nanti jika demo BERSHIT yang di adakan pada 28 April ini mendapat tentangan daripada pihak berkuasa mereka akan berkata bahawa pihak berkuasa tidak adil. Jika demo berkhemah dibenarkan mengapa pula demo BERSHIT 3.0 tidak dibenarkan.?Ini pasti menjadi salah satu bentuk hujah yang akan digunakan untuk menarik minda rakyat untuk berfikir sekaligus menjerumuskan minda rakyat untuk simpati pada mereka.

Penjual ubat di dalam kem Pakatan tentunya sudah digerakkan ke seluruh negara untuk menyampaikan jemputan supaya hadir ke BERSHIT 3.0 dan ayatnya mungkin berbunyi  'Tuan Puan boleh hadir ke BERSIH 3.0 dan jangan rasa gentar. Mahasiswa yang menyokong kita sudah mampu menawan Dataran Merdeka dengan aman tanpa ada sebarang sekatan daripada pihak berkuasa'.

Persoalan yang berbangkit di sini ialah di mana letaknya peranan seorang Menteri Keselamatan Dalam Negeri? Secara peribadi Jebat berasa amat dukacita kerana kebelakangan ini kita sering tunduk kepada asakan puak pakatan seolah olah mereka adalah kerajaan dan kita adalah pembangkang. 

Datuk Hisham dan kerajaan mungkin terlupa bahawa di dalam pertandingan ratu cantik sekalipun para peserta tidak disuruh berbogel biarpun hendak dinilai cantik paras tubuh badan mereka. Masih ada bahagian bahagian yang perlu ditutup kerana di situlah letaknya harga dan nilai. 

Kerajaan khususnya Datuk Hisham intai-intailah jangan sampai diizinkan orang menanggalkan 'pakaian' kita satu demi satu kerana jika sudah terbogel nilainya hanyalah sebuah KEMALU-MALUAN.

Wednesday, April 18, 2012

Buat pertama kalinya Jebat bersetuju dengan Pakatan


Yang ini mahasiswa juga? Didakwa tidak ada desakan atau campurtangan ahli politik?

Buat julung julung kalinya Jebat terpaksa akur dengan agenda yang dibuat oleh Pakatan. Tentunya agenda yang dicanaikan oleh mereka untuk memansuhkan PTPTN. Tahniah kepada mereka.

Tetapi tentunya setuju Jebat kepada agenda memansuhkan PTPTN itu bukanlah ditujukan kepada seluruh mahasiswa. PTPTN yang antara lainnya meringankan beban ibu bapa untuk membolehkan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran adalah usaha murni kerajaan yang jelas menunjukkan kesungguhan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu yang sekaligus dapat mendidik supaya dapat berfikir lebih matang dan waras.

Jebat setuju benar dengan usaha untuk memansuhkan PTPTN tetapi biarlah pemansuhan itu terguna pakai kepada 'mereka' yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.

Apalah perlunya PTPTN kepada mereka kerana secara jelasnya mereka bukanlah golongan yang berminat untuk belajar. Ramai anak muda di luar sana yang mengeluh kerana gagal mendapatkan tempat untuk melanjutkan pelajaran tetapi peluang yang diberikan pada mereka yang sedang 'berkhemah' di Dataran itu diinjak seperti tiada nilai.

Kerajaan tidak perlu membazirkan wang dengan menaja 'anak-anak' hingusan yang tidak layak bergelar mahasiswa ini untuk melanjutkan pelajaran kerana sudah terang lagi bersuluh mereka tidak menunjukkan minat untuk belajar.

Berilah peluang itu kepada mereka yang benar benar ingin bergelar mahasiswa yang tahu asal usul dan matlamat.

Mansuhkan PTPTN kepada mana-mana mahasiswa yang tidak tahu bersyukur seperti Adam Adli dan yang lainnya.

Mungkin mereka tidak sedar bahawa pekerja yang membersihkan najis terpaksa menghidu segala jenis bau untuk mencari rezeki. Tidak ada istilah percuma di dalam kehidupan masa kini.

Tanyalah kepada mereka yang arif bahawa MELANGGAN CHINA DOLL juga memerlukan wang ringgit sebagai bayaran.