Wednesday, November 30, 2011

Dewan Merdeka bergema



Setelah lesu selama 2 hari ini, hari ini Dewan Merdeka PWTC bergema.

Ucapan dasar Presiden bergema dan menyedarkan lamunan orang-orang UMNO dari lena yang mungkin sudah terlalu panjang.

Terima kasih pada pencadang kepada usul Presiden itu, YB Datuk Alwi dari Kelantan yang terus menyuntik semangat kepada perwakilan.

Kita tunggu apakah semangat itu akan terus kekal setidak-tidaknya sehingga hari Sabtu ini.

Cuma yang kita risaukan ialah selama manakah semangat itu akan kekal dan bolehkah ianya akan bertahan sehingga PRU 13 nanti.

Kalau sebelum ini Jebat selalu berkata tentang RAKYAT PAS hari ini Presiden UMNO menggelarkan ahli UMNO sebagai ORANG UMNO.

Kalau boleh kita mahu seluruh rakyat Malaysia menjadi orang UMNO..!!!

Adakah hitam itu lembut? Black Metal?



Maaf dalam Malaysia sudah tidak ada harga. Buatlah salah sebesar mana sekalipun, sebutan dan tindakan memohon maaf pasti meredakan suasana. Benarkah?

Kenyataan itu mungkin benar jika pihak yang diaibkan itu adalah kalangan orang Barisan Nasional. Tetapi adakah pemintaan maaf itu laku di mata ahli Pakatan?

'Hitam Metalik' yang disemburkan pada Menteri Besar Perak adalah bukti Pakatan memandang enteng tentang ketegasan pimpinan Barisan Nasional. Sudah tertanam kemas di benak Pakatan bahawa Barisan Nasional tidak segarang mereka.

Barisan Nasional sudah terlalu biasa di maki hamun oleh mereka. Siapa yang tidak biasa mendengar UMNO dikatakan kafir, MCA dengan gelaran pelacur politik. Tidak terlepas juga digelarkan anak haram dan anjing.

Benarlah kalau ada yang berkata ' Ucaplah apa saja, tak luak pun, 'alah bisa tegal biasa' tetapi kalau kebiasaan tetap dibiarkan sebagai kebiasaan ianya lambat laun akan menjadi barah.

Rakyat tidak mahu pemimpin yang terlalu berlembut dan kerana lembut itulah kita terus diinjak-injak oleh mereka seolah-olah kita sang khunsa di Lorong Chow Kit sana.

Tuesday, November 29, 2011

UMNO mahu menang atau tidak?



Jebat mati akal dan putus idea untuk mencoretkan sesuatu berkenaan ucapan-ucapan yang dibentangkan oleh pembahas-pembahas di dalam persidangan sayap-sayap UMNO hari ini.

Lemah dan terlalu longgar. Terlintas pula di kepada Jebat, adakah mereka ini masih tidak  sedar bahawa UMNO kini berada di ambang yang cukup kritikal. Gaya dan kualiti pembahas hari ini jelas menunjukkan bahawa pembahas masih merasakan mereka berada di zon selesa. Adakah sepantas itu mereka melupakan tsunami politik 2008?

Mudahnya, Pakatan berjaya menawan hati rakyat bukan kerana mereka hebat tetapi kerana longgar dan rapuhnya sayap-sayap UMNO.

Siapa yang mahu kita nobatkan sebagai winnable candidate kalau begini keadaannya???

Mudah-mudahan esok, Presiden UMNO akan berjaya menyedarkan mereka. Kalau terpaksa 'tampar'..'tamparlah mereka'.

p/s: KJ tak mahu buat pesta pantun pulak ke lepas ni? Banyak sangat pantun...

Tak reti nak masuk dewan?



Dalam artikel terdahulu Jebat ada mengatakan tentang situasi yang tidak dimahukan di dalam Perhimpunan Agung 2011 iaitu semangat yang bersifat Hangat Hangat Tahi Ayam.

Pengerusi Majlis Perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri sudah memanggil perwakilan untuk memasuki Dewan tetapi masih tidak mendapat respon pantas dari perwakilan.

Kalau tak salah Jebat sudah lebih 30 minit Pengerusi memanggil perwakilan tetapi masih seperti siput perwakilan bergerak.

Kalau beginilah reaksi perwakilan, bayangkan sahaja apa akan berlaku selepas tamatnya Perhimpunan Agung UMNO nanti. Mungkin sahaja gerakan jentera UMNO di peringkat akar umbi akan menjadi selembab ini.

Teringat pula kepada lagu SEMANGAT yang hilang nyanyian kumpulan XPDC. Jangan salahkan Presiden pula dengan kelembapan anda!!!

Apa yang ada di Perhimpunan Agung UMNO



Hari ini bermulalah perhimpunan terbesar umat Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra, Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Lumrahnya yang ada di PAU:

1) Pemuda segak berbaju Melayu bersamping merah

2) Puteri anggun melenggang bak itik pulang petang berwarna merah jambu

3) Makcik berkurung putih merah dengan nafas yang sedikit lelah

4) Jurujual yang tidak pernah kenal erti putus asa menarik pelanggan

5) Mencari jodoh yang turun dari langit

Yang dicari di PAU:

1) Semangat yang kian luntur

2) Lawak jenaka pembahas yang mengimbangi program realiti Maharaja Lawak

3) Sindiran tajam yang menyedarkan pemimpin bahawa pemimpin bukanlah maksum

Yang kita harapkan di PAU:

1) Pemidato yang boleh diketengahkan untuk menghiasi pentas ceramah

2) Panglima perang buat Presiden yang berpeluh sendirian

3) Muafakat dan tekad yang bulat

4) Menggetarkan lutut Pakatan dengan suara yang menerawang ke seluruh angkasa Malaysia

5) Semangat yang dibawa pulang untuk momentun gerakan jentera di peringkat akar umbi


YANG KITA TIDAK MAHU DI PAU:


1 Hingga 1 JUTA : SEMANGAT YANG HANGAT-HANGAT TAHI AYAM!!!!!