Tuesday, November 22, 2011

Pelajar Malaysia diugut bunuh di Indonesia?



Kata orang sukan merapatkan hubungan dua negara. Benarkah?

Lain pula halnya bilamana skuad Harimau Muda berjaya membenam skuad Garuda Muda malam semalam, timbul pula cerita pelajar Malaysia di Indonesia menerima ugutan bunuh.

Pengguna twitter bernama @hikmat_maswara berkata "Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran" di Jatinangor, Bandung.

Sukar untuk diterima akal fikiran kerana di dalam zaman yang serba maju ini masih ada lagi manusia yang bersifat terlalu kebinatangan dan terlalu emosi. Atau masih adakah lagi manusia yang hidup di luar ketamadunan yang sepatutnya selari dengan pembangunan dunia?

Kita doakan semuanya selamat dan mudah-mudahan tidak akan ada rakyat Malaysia yang bersikap seperti itu kerana ianya adalah sesuatu yang amat memalukan..

Kita sudah masak dengan perangai rakyat Indonesia..

My Voice: Kementerian bukan penganjur



Ahad lepas telah diadakan suatu konvensyen yang dipanggil Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra yang dipengerusikan oleh YB Datuk Sharkar, Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Ada blogger yang telah menghubungi sahabat blogger JUST READ dan bertanya kepada beliau mengapa tidak semua blogger dijemput dan khabarnya nama-nama besar dalam dunia blog tidak dijemput.

Jurucakap daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menghubungi Jebat dan memaklumkan bahawa konvensyen yang telah diadakan itu bukanlah anjuran KPKK bahkan KPKK tidak terlibat dalam penganjuran itu selain daripada Menteri KPKK dan pegawai kanan hadir ke Konvensyen itu atas jemputan sebagai tetamu.

Secara kesimpulannya, saranan sahabat blogger Just Read dan sahabat blogger yang menghubungi JUST READ untuk Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim atau Ketua Setiausaha Kementerian tampil untuk menjelaskan perkara ini tidaklah relevan sama sekali.

Jebat yang tidak mahu bersikap berat sebelah dan tidak adil telah menghubungi jawatankuasa penganjur program itu untuk mendapatkan kepastian. Rasanya tidaklah adil untuk Jebat menyalahkan penganjur kerana terlepas pandang untuk menjemput semua blogger cuma jawatankuasa penganjur memaklumkan kepada Jebat bahawa ada blogger yang sekadar mendaftar nama tetapi tidak hadir ke konvensyen tersebut.

Pokoknya di sini ialah untuk kepastian semua khususnya sahabat blogger JUST READ ialah : KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN BUKANLAH PENGANJUR KONVENSYEN ITU DAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT KEPADA SAHABAT-SAHABAT BLOGGER YANG TERSINGGUNG BOLEHLAH MENGAJUKAN PERTANYAAN KEPADA PENGERUSI KONVENSYEN ITU, DATUK SHARKAR ATAU JAWATANKUASANYA.

Monday, November 21, 2011

Pasukan Harimau Muda menang emas adalah kerana kekuatan Pakatan?



Tahniah kepada skuad Harimau Muda kerana berjaya 'mematahkan sayap' sang Garuda Muda yang begitu angkuh di hadapan ratusan ribu penyokong fanatik mereka.

Sesungguhnya kejayaan skuad Harimau Muda ini adalah kerana kekuatan Pakatan Rakyat yang tidak mengenal jemu kerana menyalahkan UMNO ke atas setiap apa jua yang berlaku di dalam Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan Pakatan Rakyat adalah tunggak utama yang telah berjaya menentukan kemenangan ini dan sokongan yang padu serta doa mustajab dari wali selipar penjaga pintu syurga, Nik Ajis adalah faktor segalanya untuk kemenangan skuad Harimau Muda.

Itu adalah kenyataan akhbar daripada pejabat Menteri Belia dan Sukan Pakatan Rakyat di Putrajaya seperti yang dilaporkan oleh akhbar Angan-angan Mat Jenin.

p/s: Adakah angkuh pimpinan Pakatan sama angkuhnya dengan penyokong fanatik Garuda Muda? Adakah pimpinan Pakatan akan berani tampil untuk mengucapkan tahniah kepada kerajaan terutamanya kepada Kementerian Belia dan Sukan di atas kemenangan yang sungguh membanggakan semalam?

Thursday, November 17, 2011

Bolehkah rakyat Malaysia sepakat seperti rakyat Indonesia?



Tahniah kepada skuad Harimau Muda kerana berjaya membenam pasukan Garuda yang begitu angkuh dengan puluhan ribu penyokongnya.

Melihat kepada gelagat rakyat Indonesia yang tidak langsung menunjukkan hormat kepada lagu Negaruku membuatkan hati menjadi mendidih tetapi apabila dikenangkan bahawa skuad Harimau Muda sedang beraksi di Indonesia, kepala secara automatik mengangguk tanda faham mengapa keadaan menjadi sebegitu rupa.

Persetan dengan soal penyokong Indonesia kerana Indonesia tetap dengan Indonesianya tetapi semangat kenegaraan yang terpancar di wajah penyokong Indonesia jelas kelihatan. Apabila tiba masa untuk mempertahankan maruah negara, warga Indonesia membulatkan tekad dan duduk dalam satu pasukan yang kelihatan tidak mungkin boleh dirungkaikan.

Bolehkah rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara seperti mana yang dilakukan rakyat Indonesia?Bersatu hati seia sekata.

Mungkin sahaja slogan 1 Malaysia sebenarnya menjurus kepada soal pemuafakatan rakyat Malaysia tetapi untuk menterjemahkan pemuafakatan itu haruslah terlebih dahulu di ketepikan soal RAKYAT PAS, RAKYAT PKR DAN RAKYAT DAP.

Jika Kedai Rakyat 1 Malaysia pun dipertikaikan oleh Rakyat Pakatan mana mungkin pemuafakatan yang kita inginkan akan menjadi kenyataan.

Yang kita cuma belajar daripada rakyat Indonesia hanyalah berdemo di jalanraya..memalukan!!!

Wednesday, November 16, 2011

Hebat Tsu Koon hebat lagi udang di sebalik batu?

Relax-relax pun boleh jadi Menteri. Tak perlu susah-susah!!

Tahniah kepada mantan Ketua Menteri Pulau Pinang kerana mengumumkan untuk tidak bertanding di dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Satu keputusan yang boleh disifatkan sebagai anak jantan.Benarkah?

Sebelum ini ada spekulasi yang mengatakan bahawa Tsu Koon akan bertanding di luar Pulau Pinang dan terbaru ada blogger yang mengatakan bahawa Tsu Koon sanggup berdepan 1 lawan 1 dengan Guan Eng di Pulau Pinang tetapi seperti kilat menyabung berita itu pantas ditepis Tsu Koon.

Persoalannya, di mana pun Tsu Koon bertanding bolehkan beliau menang? Mungkin inilah yang menjadi persoalan yang bersawang di kepala Tsu Koon lantaran pendekatan 'winnable candidate' yang diperkenalkan Presiden Barisan Nasional digunapakai sebagai pengimbang kepada peratusan 50-50 (menang-kalah) jika Tsu Koon bertanding.

Adakah Tsu Koon sendiri kurang yakin dengan kemampuan untuk menang jika dirinya bertanding atau adakah Tsu Koon kurang yakin dengan populariti Barisan Nasional pada masa ini?

Pendekatan yang diambil Tsu Koon adalah sangat bijak untuk hala tuju politiknya kerana Tsu Koon tahu jika beliau bertanding sekalipun kemenangan belum tentu berpihak kepada dirinya dan tentulah Tsu Koon sedar bahawa apalah gunanya bertanding jika dirinya masih boleh dilantik sebagai SENATOR!

Bukankah barisan Kabinet yang ada sekarang sudah terlalu ramai dipenuhi dengan Senator yang entah dari mana datangnya dan yang lebih parah adalah Senator yang telah kalah di dalam pilihanraya tetapi masih menjadi Menteri.

Kalau benarlah Tsu Koon berkata bahawa keputusan untuk tidak bertanding di dalam PRU 13 nanti adalah untuk memperkemaskan Parti Gerakan, Tsu Koon harus menilai semula jawatan Menteri dan Senator yang disandangnya kerana jawatan Menteri tentulah menagih masa dan kerja yang bukan kepalang lantaran pastinya membantutkan usaha Tsu Koon untuk memperkemaskan GERAKAN.

Eloklah Tsu Koon mencontohi Kayveas PPP dan Soi Lek MCA. Menteri tidak Senator pun tidak dan tentulah masa yang  terluang itu boleh digunapakai untuk memperkemas dan memperkuatkan parti.!!

Intai-intai apa tindakan Tsu Koon selanjutnya!!!