Wednesday, February 6, 2013

Pengundi Gombak cari Azmin


Sudah lama benar tak nampak kelibat Azmin di Hulu Kelang. 

Kisah tak sebulu dengan ibu kandungnya, adalah masalah peribadi biarpun ianya jelas menggambarkan perilaku si anak. Ibu mana yang tidak sayangkan anak tetapi mungkin sahaja ada di antara anak yang tidak sayangkan ibu lantaran ramailah orang-orang tua yang membanjiri rumah-rumah orang tua.

Azmin mengikut sahabat Jebat yang menetap di Ukay Perdana, hanya kelihatan pada kempen PRU ke 12 yang lalu. Itupun sekali sahaja Azmin berkempen di sana beritahu sahabat Jebat tersebut.

Kalau tidak kerana kebanjiran poster yang menempekkan gambar Azmin, tentulah Azmin tidak akan dikenali langsung di Hulu Kelang. Intai-intailah ke Hulu Kelang dan anda semua pasti akan dapat saksikan sendiri bagaimana Hulu Kelang sudah tidak sebersih dahulu. 

Di Taman Permata Hulu Kelang, kawasan yang majoritinya sekitar 90 peratus Melayu sudah ada anjing-anjing liar yang berkeliaran. Ini bukan cerita yang mahu menampakkan kebaikan era pemerintahan BN tetapi ianya cerita benar yang tidak direka-reka. Untuk kepastian intailah ke Hulu Kelang.

5 tahun lamanya ruang diberikan kepada Pakatan untuk membuktikan kemampuan mereka mentadbir urus. Dalam skop yang sekecil Hulu Kelang, jelas Pakatan tidak membuat sebarang kemajuan kepada Hulu Kelang. Yang jelas kelihatan di Hulu Kelang hanyalah penambahan papan tanda. 

Zon Bersih itu yang cuba dinobatkan di Hulu Kelang. Entah di mana justifikasi Zon Bersih itu tidaklah kita ketahui. 

Mungkin Azmin sendiri tidak pernah sedar bahawa salah satu penempatan di Hulu Kelang itu merupakan kawasan zon denggi yang tertinggi di Malaysia buat masa ini. Sehingga ke hari ini sebanyak 13 kes sudah dilaporkan di sebuah kawasan apartment. Kelibat Azmin untuk menziarah mangsa langsung tidak kelihatan.

Cubalah anda renungkan, betapa rakusnya Azmin ketika membaham BN di pentas ceramah politik. Tetapi di dalam bab menjaga kebajikan pengundi, KE LAUT!!!

Bertandinglah lagi di Parlimen Gombak, kami sudah sedia untuk mengajar Azmin erti menghargai kepercayaan pengundi kepada beliau..kata sahabat Jebat dengan muka mencuka.

Intailah ke Hulu Kelang dan anda nilaikan sendiri.


Monday, February 4, 2013

Kisah orang tua bodoh


Tuan punya blog Tukar Tiub sama bebal macam tiub motor. Getah berkurap.

Fitnah terbaru yang dilakukan oleh blog Tukar Tiub apabila menfitnah pejabat Setiausaha Politik Rais Yatim digeledah SPRM sehingga menyebabkan Setiausaha Politik Rais Yatim itu di gantung tugas.

Jebat call pejabat Setiausaha Politik Rais Yatim dan bercakap sendiri dengan Setiausaha Politik Rais tu, dia gelak besar.

Setiausaha Politik Rais Yatim kata, beliau tak hairan dengan fitnah oleh Pakatan. Memang kerja fitnah adalah   makanan ruji Pakatan. PM pun difitnah apatah lagi beliau yang sekadar Setiausaha Politik.

Setiausaha Politik tu masih tetap bersandar di kerusi empuk di pejabatnya, nampaknya Tukar Tiub tetap merempat di jalanan. Khakkkkk Tuihhhhh!!

p/s: Ingat janggut Tukar Tiub je panjang, rupanya bodoh dan bebal juga dia panjang tak sudah-sudah..Kah Kah Kah..


Thursday, January 31, 2013

September 16: Akhirnya nama MP BN yang akan melompat parti didedahkan

Senarai nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti pada 16 September seperti yang di canangkan Anuar.


Melompat celah mana? Melompat atas katil dengan China Doll dan Normah..

Kah Kah Kah..Masihkah lu ingat Nuar Berahim?


Wednesday, January 30, 2013

Susah kalau ada penjawat awam macam ni!!!!

Anak pembangkang,bapa Ketua Pengarah..!
TINGGAL tidak berapa lama lagi dan mungkin untuk beberapa hari sahaja akan berlangsungnya PRU13 dan semua pimpinan termasuklah PM Najib sendiri mengandaikan PRU13 adalah PRU yang paling getir serta kritikal untuk UMNO dan Barisan Nasional lantas digerakkan usaha serta diperkasakan segala gerak kerja parti serta 
kerajaan bagi menarik sokongan untuk meraih undi dari rakyat namun situasi amat sekali berbeza kepada agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bernama Biro Tata Negara (BTN).

Sebelum itu TAHNIAH kepada Raja Arif,Ketua Pengarah BTN yang kerana tidak sampai sehari selepas artikel ini yang mendedahkan akan berlaku perubahan berasaskan Grand Design ABIM,hari ini telah dilaksanakan pertukaran dan perpindahan pegawai-pegawai Biro Tata Negara ke merata tempat dan negeri tanpa mengambil kira kesan-kesan terhadap keluarga yang mereka terpaksa tinggalkan serta factor-faktor lain demi untuk menjayakan rancangan membawa masuk kumpulan-kumpulan ABIM,akhirnya ramai kakitangan dan pegawai BTN menjadi mangsa kerakusan menunjuk kuasa oleh Raja Arif.

Adakah Raja Arif tidak terfikir bahawa kesan daripada kerakusan mahu menunjukkan kuasa sebagai Ketua Pengarah akan menterbalikkan momentum sokongan ahli keluarga dan sanak saudara mangsa-mangsa pertukaran yang terlibat atapun ini sebenarnya yang beliau mahukan iaitu mencucuk jarum halus supaya wujud sabotaj daripada kalangan kakitangan dan pegawai-pegawai BTN sendiri terhadap BN.

Paling jelas,kesan daripada kerakusan menunjukkan kuasa ini  akan memandulkan gerak kerja Ahmad Maslan yang sebelum ini banyak menggunakan pegawai dan kakitangan yg berkemahiran dalam menguruskan program berkaitan dengan sokongan rakyat. Apakah pertukaran secara beramai-ramai yang bermula saat PRU13 sudah hamper ini tidak bertujuan utk melemahkan Mat Maslan dan akhirnya beliau akan  dilihat gagal? 

Agaknya otak Raja Arif ini mungkin terletak dikepala lutut kerana tidak boleh memikirkan kesan berganda apa yang telah dimulakan ini? Apakah signifikan pertukaran pegawai dan kakitangan saat pilihan raya ini tidak diratapi oleh kaum keluarga mangsa kerakusan dan kebebalan beliau?

Nasib anak derhaka di Selangor


Kasihnya ibu membawa ke syurga

Kasihnya ayah kekal ke mati

Kasihnya saudara semasa berada


KASIH MAT SAPU pada Normah dan bulu

KASIH BANG NUAR pada China Doll

KASIH AJMIN..Weiii kau tak sayang mak kau ke? Balik le...

Kah Kah Kah....