Monday, July 30, 2012

Lajim: Jikalau tak suka tak apa



SUATU ketika dahulu lagu yang berjudul TAK SUKA TAK APA nyanyian kumpulan Screen sering menjadi siulan anak muda kerana liriknya menggambarkan kedukaan akibat putus cinta yang mendalam.

Mungkin sahaja lagu itu kini menjadi siulan Lajim Ukim yang mengambil keputusan untuk menyokong gerombolan Pakatan. Sebagai orang yang tidak rapat dengan Lajim tentulah kurang enak jika kita membuat spekulasi berhubung keputusannya itu. Sesiapa sahaja di dunia ini berhak membuat keputusan yang dirasakan terbaik untuk dirinya. Tiada sekatan dan halangan.

Tetapi sebagai golongan yang digelarkan ‘orang-orang UMNO’ oleh Presiden UMNO semasa Perhimpunan Agong UMNO yang baru lalu, tentulah keputusan Lajim ini mengundang kemarahan dan rasa kecewa orang-orang UMNO. Pelbagai spekulasi dibuat oleh orang-orang UMNO dan tidak hairan jika tokok tambah dan penglipur lara politik akan menjadikan perkara ini ibarat suatu lagenda.

Hakikatnya, tidak ada apa yang perlu dideritakan dengan keputusan Lajim. Lajim tetap Lajim dan yang berubahnya cumalah ideologi politik. Kalau dulu kita boleh duduk semeja bersama Lajim janganlah menjadikan keputusan Lajim ini sebagai satu alasan untuk merenggangkan ukhwah sesama manusia lebih-lebih lagi di bulan yang penuh barkah ini.

‘Benci dan marah’ kita haruslah dijuruskan kepada percanggahan ideologi politik dan janganlah sampai membenci sesama manusia. Fitrah manusia adalah berkasih sayang dan yang marah itu hanya akan menjadi kesukaan syaitan.

Kepada yang merasakan diri mereka ‘orang-orang UMNO’ yang dewasa dan matang, terima sahaja keputusan Lajim. Anggap sahaja keputusan ini adalah seperti keputusan anak yang tidak mahu menerima keputusan ibubapanya di dalam soal jodoh.

UMNO tentulah diibaratkan sebagai ibubapa  dan sampai ketikanya bukan perkara baru jika si anak enggan mendengar kata-kata ibubapanya lagi dan hakikatnya uraikan sahaja pada kisah SI TANGGANG.

UMNO tidak perlu teragak-agak untuk memecat Lajim sebagaimana Lajim tidak teragak-agak untuk membuat keputusan ini. UMNO tidak perlu dilihat sebagai sebuah parti yang ketandusan pemimpin dan tentunya UMNO biasa mendengar kata-kata dalam filem P. Ramlee ‘sekali kita ketika, sepuluh yang datang tau’.

Pilihanraya Umum yang akan datang ini adalah medan terbaik kepada seluruh ‘orang-orang UMNO’ untuk melepaskan marah dan kecewa pada Lajim. Terjemahkan rasa marah anda itu dengan memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional khususnya di Sabah. Jangan sekadar marah membuta tuli yang semata-mata mahu menampakkan anda adalah seorang pejuang yang mempertahankan UMNO tetapi hakikatnya seperti peribahasa ‘anjing menyalak bukit’.

Apapun kita ucapkan selamat berjuang di pentas yang baru kepada Lajim. Tidak ada keluh kesah dengan keputusan Lajim ini dan ayam jantan tentulah sabungnya di tengah gelanggang dan bukan sekadar berkokok bersahutan-sahutan. Kita sama-sama tunggu kelibat bayang Lajim di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dari dahulu UMNO berjuang dan selamanya akan berjuang. Membujur lalu melintang patah. 

Sunday, July 29, 2012

Abby oh Abby..tak payah pedulilah



TAMPAKNYA saban hari rakyat Malaysia semakin ramai yang ingin menceburkan diri di dalam arena politik. Tidak kiralah sama ada sekadar menjadi penganalisis politik yang tidak bertauliah mahupun yang  membuat cubaan berani dengan menonjolkan diri sebagai ahli politik yang ada kedudukan. Lebih daripada itu ada yang sudah menganggap bahawa diri merekalah winnable candidate.

Politik adalah satu perkara yang penuh dengan seni. Ada orang yang berkata politik bukanlah sesuatu yang kotor tetapi mereka yang menceburi dan mewarnakan politik itulah yang mengotorkan politik. Politik adalah  soal ‘membeli jiwa’ dan ‘kelihatan tampak baik-baik sahaja’  tetapi mereka yang menceburkan diri dalam politik telah merosakkan asas permainan seni politik kepada soal fitnah dan yang lebih teruk daripada itu sehingga ada yang sanggup mencemarkan nama baik dan kejadian makhluk Tuhan.

Di dalam kedegilan untuk memenangi jiwa rakyat, sama ada ahli politik mahupun penyokong politik, mereka seakan terlupa kepada hak dan hakikat untuk berbaik sangka sesama manusia. Nilai-nilai murni dan ukhwah sesama manusia seakan semakin terhakis nilainya dek kerana kegilaan untuk kelihatan hebat di dalam percaturan politik dengan apa yang dikatakan sebagai geraksaraf dan propaganda.

Geraksaraf yang pada asasnya bersifat ‘membeli jiwa dan kepercayaan’ telah melencong daripada matlamat asal apabila yang mendakwa diri mereka sebagai hebat di dalam perang geraksaraf mengambil pendekatan untuk memburukkan individu tertentu tanpa memikirkan soal dosa dan pahala.  Ini adalah suatu fenomena di dalam seni politik di Malaysia.

Peribahasa yang mengatakan ‘belakang parang jika setiap hari diasah pun akan menjadi tajam’ nampaknya menarik minat golongan tertentu untuk mempraktikkan peribahasa itu di dalam percaturan politik mereka.  Lihat sahaja apa yang dilakukan kepada wanita pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor yang saban hari menjadi ‘punching bag’ oleh seteru politik suaminya.  Biarpun beribu penjelasan dibuat oleh Rosmah tetapi gerombolan seteru politik suaminya seakan tidak pernah sedar bahawa air yang pasang juga ada masanya akan surut. Rosmah terus diasak dan akhirnya Rosmah mengeluarkan kenyataan yang cukup bermakna dan tinggi nilainya ALAH BISA TEGAL BIASA yang jelas menunjukkan sifat redhanya dengan ujian.

Percayalah semakin kuat beliau diasak semakin kuat semangatnya untuk berdepan dengan ujian itu dan lambat laun rakyat di luar sana pasti akan sedar apa yang sedang dilakukan oleh gerombolan seteru politik suaminya adalah fitnah semata-mata. Keterlaluan seteru politik suaminya akhirnya pasti akan menimbulkan kemuakkan rakyat kepada permainan politik kotor ini.

Suka diingatkan kepada penulis yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘cyber troopers’ yang menyokong parti kerajaan agar tidak terikut ikut trend permainan politik gerombolan pembangkang.  Kata nista serta cacian usahlah dijadikan modal di dalam asas penulisan. Jika kita percaya bahawa pengundi sudah semakin bijak dan suka berfikir mana yang baik maka kita haruslah lebih bijak untuk membeli jiwa pengundi.  Kelebihan yang ada pada orang Melayu ialah rasa simpati dan jika beria-ia memburukkan individu tertentu percayalah individu yang diburukkan itu akan meraih simpati dan anda pula yang kelihatan buruk tingkah laku dan adabnya. Jauh daripada itu, parti kerajaanlah yang menanggung kejelekkan penulisan anda.

Dengan mengambil contoh serangan cyber troopers yang menyokong parti kerajaan terhadap aktres Abby Abadi apabila aktres itu mengambil keputusan untuk menyertai PAS. Seluruh cyber troppers yang menyokong parti kerajaan kelihatan amat resah dengan keputusan Abby itu lantas beliau diserang seolah-olah tidak ada soal dosa dan pahala.

Entah di mana istimewanya Abby sehinggakan secara tiba tiba nama Abby melonjak di persada politik yang sekaligus digunapakai oleh PAS untuk meraih populariti. Keruan apakah yang bermain di benak cyber troopers yang menyokong parti kerajaan sehingga tampak begitu kalut sehinggakan rakyat di luar sana sudah mula berkata ‘Ikut suka Abbylah nak sokong mana pun, kalau betul sekalipun dia bernikah dengan orang PAS apa masalahnya? Bukan dia buat dosa pun’.

Jangan kerana kurang cerdiknya kita menyerang, rakyat hanya akan melihatnya sebagai bahan jenaka dan kebencian rakyat. Jika rakyat benci kepada kita bukanlah sesuatu masalah yang besar kerana kita sekadar individu terpinggir yang tidak dikenali tetapi yang malangnya kita sedang melakukan kerosakkan kepada seluruh organisasi yang kita sokong.

Di ambang pilihanraya umum yang semakin hampir adalah jauh lebih baik kita mewar-warkan kepada rakyat apakah sumbangan dan bakti yang telah parti kerajaan lakukan untuk kesejahteraan hidup rakyat. Rasanya jika dibariskan satu persatu mungkin tidak akan habis sumbangan yang telah dilakukan oleh parti kerajaan. Pun begitu keterlebihan memuji akan menyebabkan rasa muak.

Jika kita fikir selebriti dapat membantu perjuangan kita, lupakan sahaja nama Abby Abadi kerana sudah terang lagi bersuluh ke mana haluan perjuangannya. Apakah kita lupa kepada Amy Search, May Mus, Ibnor Reza dan ramai lagi yang sudah mengisytiharkan menjulang bendera perjuangan yang sama dengan kita? Apa dipuji anak orang sebaiknya pujilah anak kita yang akan mewarisi kita.

Dengar cakap enggang, makan buah belolok, dengar cakap pembangkang, jom ramai-ramai terjun lobok. 

Wednesday, July 4, 2012

Antara nampak bijak dan benar-benar dungu

BERSAWANG..Itu antara ayat yang sesuai diguna pakai untuk blog Jebat yang agak lama terbengkalai. Semuanya dek kerana rasa muak kepada dunia politik yang seakan tidak ada kesudahan. 'Aku betul dan kau salah' 'Aku Islam dan kau kafir kerana tak menyertai aku'. Ayat yang tampak begitu keterlaluan itu sudah menjadi sebati dan sentiasa meniti bibir sebahagian daripada kita, umat Islam Malaysia. Kegilaan apakah ini? Adakah kita lupa semuanya akan kita tinggalkan bila dijemput Pencipta?

Politik biarlah tidak sehingga menggadai hukum agama. Politik janganlah sampai menghancurkan ukwah sesama Islam.

Hari ini jari Jebat terpanggil sekali lagi untuk mencoretkan sesuatu dek kerana ketidakfahaman Jebat akan perangai manusia yang tidak akan berubah.

Di minda gerombolan yang menggelarkan diri mereka Pakatan, nama isteri Perdana Menteri seakan menjadi satu kemestian untuk dibusukkan. Jebat merasa simpati kepada DS Rosmah Mansur yang tiada penghujung menjadi mangsa hentaman gerombolan Pakatan.


Di dalam pada rasa muak pada politik terkadang Jebat tersenyum sendirian bila mengenangkan perangai dan tingkahlaku gerombolan Pakatan. Sampaikan ada di kalangan sahabat Jebat yang berkata 'daripada kau melayan bebudak Pakatan baik kau layan budak-budak tadika'.

Ada benarnya dengan saranan sahabat Jebat itu. Hari ini, gerombolan Pakatan membuat onar yang pada pandangan mereka nampak intelek tetapi sebenarnya antara keadaan yang cukup dungu di mata rakyat. Kelakar. Ini antara propaganda dan perang saraf yang paling bengap pernah dikeluarkan.

Adakah dengar sekadar 'crawler' Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri sudah menjadikan DS Rosmah Mansur seorang Perdana Menteri? Aduh..kata orang Melaka..kalau bodoh sekalipun janganlah tunjukan yang kau tu bodoh.

Entah dari mana dan siapa yang mengajar gerombolan Pakatan untuk menggunakan propaganda ini Jebat sendiri tidak pasti tetapi kalau ketam mengajar anak berjalan lurus tentulah gerombolan Pakatan mendapat idea bodoh ini daripada bapa ketam Pakatan.

Mujurlah DS Rosmah tidak berkata ' bukan saya dalam TV tu kerana saya berisi sikit berbanding yang dalam TV tu' macam bapak ketam gerombolan Pakatan berkata ' perut saya tidak sebuncit itu di dalam video gusti lembut dengan China Doll.

Lagipun kita jangan terlupa kepada kenyataan seorang pimpinan gerombolan yang mengatakan bahawa video adalah sekadar besi yang tidak boleh dijadikan saksi. Aduhai..dunia politik yang nampak intelek tapi cukup dungu dan tidak diberikan ilmu. Gila Gila Gila..

Tahniah kepada gerombolan Pakatan kepada serangan terhadap DS Rosmah hari ini yang sekadar menampakkan betapa dungunya pemikiran kalian.

Jika anda dungu anda jangan fikir rakyat Malaysia dungu seperti anda. Sedarlah, rakyat sedang mentertawakan betapa dungunya gerombolan Pakatan.

Jika beginilah kemampuan anda, jangan katakan Putrajaya menjadi Perdana Menteri untuk hospital sakit jiwa di Tampoi pun belum tentu layak.

Baca penjelasan berhubung dakwaan dungu gerombolan Pakatan terhadap DS Rosmah DI SINI

Monday, May 28, 2012

Mesej buat Nizar biadap



"KERABAT DiRaja Negeri Johor TIDAK PERNAH mengambil wang daripada kerajaan semenjak zaman kesultanan Almarhum Sultan Ibrahim. Anda bolehlah bertanya kepada Menteri Besar atau mana-mana pegawai kerajaan yang berkenaan. Wang yang diperuntukkan kepada Ayahanda saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tengku Mahkota disalurkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim yang bertujuan untuk membantu rakyat negeri Johor  and kerajaan negeri Johor. Saya semenjak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota tidak pernah mengambil walaupun 1 sen daripada kerajaan sehinggalah ke hari ini. Ini adalah duit rakyat saya. Jadi, sebelum anda membuka mulut buatlah kajian terlebih dahulu"

Ayat di atas adalah broadcast message yang Jebat terima di Blacberry usang Jebat berkenaan keceluparan mantan Menteri Besar Perak, Nizar yang sangat biadap mempersoalkan kemampuan Baginda Sultan Johor mendapatkan plat kenderaan WWW 1.

Dahulunya Nizar dan gerombolan HamPAS dengan biadab telah berbaring di tengah jalan menghalang pergerakan kenderaan Sultan Perak dan gerombolan biadab Pakatan jugalah yang telah menyebabkan Raja Muda Perak menunggu berjam jam lamanya untuk merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak semasa peralihan kuasa kerajaan negeri Perak kepada Barisan Nasional.


Jebat fikir itu adalah kemuncak kepada kebiadapan Nizar kepada institusi DiRaja rupanya keceluparan dan kebiadapan itu dipanjangkan pula kepada kerabat DiRaja negeri Johor.


Tetapi apabila direnung-renung semula apalah yang hendak dihairankan kepada keceluparan dan kebiadapan Nizar kepada kerabat DiRaja Johor. Sedangkan kepada keluarga DiRaja Perak pun beliau boleh celupar dan biadap inikan pula kepada kerabat Johor yang langsung tidak ada kena mengena dengan beliau.

Sebagai hamba rakyat, tidaklah berhak untuk Jebat mempertikaikan atau mencampuri urusan ini tetapi atas sifat kemelayuan yang menjulang institusi DiRaja, Jebat rasa terpanggil untuk melahirkan rasa kecewa di atas sifat biadap Nizar.

Kami rakyat Melaka yang tidak punya institusi Sultan pun tahu menjunjung kasih kepada Sultan negeri lain adalah amat menyedihkan jika ada Melayu di negeri lain yang tidak tahu menjunjung kasih kepada Sultan negerinya sendiri yang dijadikan payung untuk menumpang teduh.

Entahlah, Melayu sudah semakin lupa akan asal usul dan adab Melayu. Cuma satu sahaja yang bermain di benak Jebat 'jika Nizar hidup di zaman Kesultanan Melayu Melaka apalah bentuk hukuman yang bakal diterima Nizar'.

Alahai Melayu biadapnya kamu..Ampunkan patik Tuanku!!!

Thursday, May 24, 2012

Untunglah kamu KJ


ADA sesiapa yang mahu menjadi hipokrit dengan mengatakan tidak suka kepada artis Neelofa? Jebat tidak mahu menjadi lelaki hipokrit dengan mengatakan tidak meminati Neelofa yang ayu dan jelita itu.

Tetapi kata orang kena ukur baju di badan sendiri. Sekadar meminati kejelitaan anugerah Tuhan yang ada pada Neelofa. Kalau nak dikatakan standard, jauh panggang dari api. Sendiri mahu ingat!!!

Kalau mendapat pujian daripada Neelofa seperti apa yang ditulisnya di Twitter berkenaan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mahu rasanya Jebat berkhemah di Dataran Merdeka macam mahasewel tempoh hari.



Selayaknya KJ mendapat pujian seperti itu kerana KJ memang seorang anak jantan yang berani. Cuma kita harapkan KJ jangan terlalu ghairah untuk melayan setiap permintaan Pakatan untuk berdebat kerana secara tidak sedarnya kita sedang memberi ruang kepada mereka untuk menjual ubat di mata rakyat.

Kita harus profesional dengan pujian Neealofa pada KJ tu. Jangan sampai ianya menjadi ruang kepada puak pakatan untuk balun ketua pemuda kita yang anak jantan sifatnya.

Tolonglah mana-mana artis jelita puji Mat Sapu aka Normah bau lekat kat hidung...Abg Mat pun nak jugak...