Thursday, December 29, 2011

Pesanan buat Zahid Hamidi



Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi berkata beliau akan menjemput pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat untuk berjumpa dengannya bagi membincangkan hal-hal kelengkapan senjata negara yang sering diputarbelitkan pimpinan Pakatan Rakyat.

Kenyataan  Zahid itu disambut oleh ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang berkata beliau dan rakan-rakannya bersedia untuk berjumpa Zahid asalkan Zahid telus dan tidak berselindung apa-apa jua perkara berkenaan tender pembelian senjata itu yang disifatkan mereka ada kalanya terlalu mahal.

Sukalah Jebat mengingatkan pada Zahid. Tindakan Zahid ini adalah ibarat 'orang mengantuk disorongkan bantal' buat pimpinan Pakatan Rakyat. Zahid perlu sedar, pimpinan Pakatan Rakyat dengan apa cara sekalipun akan menidakkan kemampuan yang sedang Zahid laksanakan untuk mengemudi Kementah.

Harap-harapnya Zahid tidak lupa bagaimana kemampuan kapal selam Scorpene dihentam teruk oleh pimpinan Pakatan. Kapal selam yang didakwa tidak boleh menyelam itu akhirnya melambai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk merasai sendiri kehebatan kapal selam milik TLDM itu. Tetapi apakah kita  dapat melihat keikhlasan Guan Eng untuk mengakui kemampuan kapal selam itu? Adakah Guan Eng mengadakan sidang akhbar untuk memperbetulkan keceluparan mulut pimpinan Pakatan? Adakah kenyataan rasmi yang mengiakan kemampuan kapal selam itu oleh mana-mana pimpinan Pakatan? Yang ada hanyalah isu mengapa blogger GOMO dibenarkan untuk menaiki kapal selam itu.

Soal kelengkapan senjata ini adalah soal keselamatan negara. Zahid jangan terlalu ghairah untuk membuka pintu kepada mana-mana individu yang kita tidak kenal 'luar dan dalam' mereka. Jangan terlalu ghairah untuk berpolitik, aspek kerahsiaan terlondeh begitu sahaja. Zahid telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan dan tentunya kita tidak meragui sumpah itu tetapi pintu pintu yang sedang dibuka oleh Zahid membolehkan siapa sahaja untuk mengetahui kerahsiaan negara dengan lebih jelas. 

Zahid boleh berkata 'inilah senjata yang saya baru beli dari langit' tetapi barang harus diingat oleh Zahid sebaik mana pun yang dilakukan kebusukkan jua yang diintai mereka.

Tahun 2011 sampai ke penghujung..dan pemenangnya ialah?



Dalam diam tidak diam, tahun 2011 sudah sampai ke penghujungnya. Pelbagai suka duka yang dilalui telah menjadikan ramai orang dewasa dan lebih tua.

Kejayaan demi kejayaan dicapai termasuklah di bidang sukan yang sukar dilupakan bila mana skuad Harimau Muda berjaya membenam skuad Garuda Muda di Gelora Bung Karno.

Malaysia berbangga kerana berjaya melahirkan ramai individu yang berskill tinggi di dalam bidang-bidang khusus yang mereka ceburi. Pelbagai gelaran yang diberikan kepada mereka untuk memperlihatkan betapa mereka berjaya mengharumkan nama negara. Tahniah dan syabas buat mereka.

Di bawah ini adalah senarai individu yang telah dicalonkan untuk pemenang individu paling popular di Malaysia:

1)   Anugerah Tuhan

2)   Papa Hebat

3)   Nuar Al Juburi

4)   Bapa Demonstrasi

5)   Peliwat Tegar

6)   Peliwat Malang

7)   Tuan Punya Jam Omega

8)   Pelanggan China Doll

9)   Punaisihat Ekonomi Negeri

10) Punaisihat PeeGayAr

11) Pak Sheikh

12) Pemegang password 'Mokhtar'

13) Penggemar Karipap

14) Pengucap kata-kata 'Can I F**k U Today'

15) Bakal Perdana Menteri Paling Sibuk Dalam Sejarah

16) Individu Paling Lama dibicarakan di Mahkamah

17) Dan kesemua yang di atas


Anda sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengundi individu-individu yang dicalonkan di atas. Cuma taip 'Bila kau nak angkat sumpah' dan hantar ke Sungai Buloh. Nama pemenang akan diumumkan pada 9 Januari 2012 dan hadiah utama yang menanti pemenang adalah percutian bertahun lamanya di Sungai Buloh Country Homes.

Selamat Menyambut tahun 2012!!!

Wednesday, December 28, 2011

Ketua Pemuda MCA keluar parti..keluarlah



Kalau diikutkan kepada kata-kata berkenaan si Luncai 'luncai terjun dengan labu-labunya..biarkan..biarkan'. Alkisahnya jugalah yang berlaku kepada Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Eng Hiap Boon yang bertindak keluar dari parti. Maka kata-kata yang sesuai ialah 'biarkan..biarkan'.

Sesungguhnya Barisan Nasional tidaklah memerlukan mana-mana ahli yang tidak setia kepada perjuangan parti. Tidak ada siapa yang tahu apa yang bersarang di minda Ketua Pemuda MCA itu tetapi atas apa jua alasannya beliau seharusnya mengutamakan perjuangan parti lebih-lebih lagi di saat Barisan Nasional sedang menghadapi ujian yang getir menjelang pilihanraya umum yang akan datang.

Di dalam mencari momentum kemenangan untuk mengembalikan Pulau Pinang kepada kuasa pemerintahan Barisan Nasional tentunya keadaan ini sedikit merencatkan kelicinan jentera MCA di Pulau Pinang dan sebagai seorang ketua tentulah beliau faham bahawa tindakan itu jelas merugikan parti.

Tetapi apa jua alasannya, Barisan Nasional Pulau Pinang khususnya MCA Pulau Pinang tidak perlu menoleh ke belakang atau mengambil tindakan memujuk beliau untuk kembali bersama kerana gerak kerja pilihanraya adalah bermatlamatkan kemenangan menyeluruh calon tanpa mengambil kira kepentingan peribadi mana-mana individu.

Laman blog STOPTHELIES mengulas isu ini dengan cukup menarik dengan kemungkinan kaitan ianya berlaku kerana ada campurtangan mantan Presiden MCA, Ong Tee Keat yang dikhabarkan cukup resah akan kehilangan kerusi Parlimen Pandan yang disandangnya kerana ahli-ahli MCA tahu Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang itu mempunyai hubungan yang cukup akrab bersama Tee Keat.

Apa jua analisis yang cuba dibuat berhubung penarikan dan perletakkan jawatan ini, Barisan Nasional khususnya MCA di bawah kemudi Chua Soi Lek harus lebih bersedia menangani sebarang permasalahan dalaman parti kerana pilihanraya umum ke 13 nanti adalah medan terbaik kepada MCA untuk merapatkan kembali saf-saf kaum Cina yang sedikit robek kerana propaganda DAP.

Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya kerana kemenangan di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti bukanlah sekadar sesuatu yang diangankan tetapi harus dizahirkan dengan majoriti 2/3. Tiada kompromi.

Tuesday, December 27, 2011

Demo 901 dipercepatkan tarikhnya



Jebat baru menerima panggilan daripada seorang sahabat yang mengatakan bahawa demo untuk membela individu tertentu yang dituduh meliwat yang dijadualkan pada 9 Januari ini dipercepatkan tarikhnya kepada 29 Disember, esok.

Sebenarnya esok tidak ada kena mengena dengan hal peliwat tersohor cuma seorang sahabat Jebat  akan diadili di mahkamah berkenaan hutang keretanya yang tertunggak.

Persoalan yang ingin sahabat Jebat berikan di sini ialah bolehkah peserta-peserta demo yang akan berarak 9 Januari ini tampil membantu sahabat Jebat itu?

Bolehkah kita katakan hutang kereta tertunggak itu adalah suatu konspirasi pihak tertentu untuk menjatuhkan sabahat Jebat? 

Entah dari mana datangnya idea yang terlalu dangkal untuk mengaitkan mana-mana pihak dengan kesalahan yang kita sendiri lakukan.

Siapa yang memandu kereta dan siapa pula yang memancutkan maninya ke dalam dubur orang tertentu? Mana mungkin seorang lelaki tidak akan tersedar dari lena apabila 'anunya' yang tidak boleh tidak mesti disentuh untuk mengeluarkan mani.

Konspirasi apakah yang dimaksudkan? Sepanjang pemerhatian Jebat konspirasi yang dimaksudkan di sini ialah KONSPIRASI UNTUK MEMBUSUKKAN NAMA UMNO DAN KERAJAAN.

Takkanlah rakyat Malaysia mahukan seorang Perdana Menteri yang terlalu cetek dan dungu akal fikirannya. Jika beginilah minda dan cara fikir Perdana Menteri, renung-renungkan apa akan jadi pada ekonomi Malaysia dan tidaklah mustahil Malaysia akan melahirkan Perdana Menteri Mat Jenin yang menang sorang kampung tergadai.

Monday, December 26, 2011

Aspan Alias: Dapat kuah pun rahmat



Jebat agak tertarik dengan artikel yang dinukilkan oleh blogger tersohor Aspan yang berkisar kepada soal ayam dan kuah ayam.

Artikel yang menyifatkan pemimpin enak melayan kehendak tekak dengan membaham ayam sedangkan rakyat disudukan dengan kuah ayam ke dalam mulut. Ini adalah berikutan hal pemberian saguhati dan imbuhan oleh kerajaan kepada rakyat baru-baru ini.

Inilah halnya dengan perkataan 'beri salah tak beri salah'. Sudah acap kali Jebat mengatakan sama ada besar atau kecil nilai sesuatu yang diterima ianya tetap merupakan suatu NIKMAT yang harus DISYUKURI.

Adakah jika PAS atau Pakatan Rakyat memerintah, mereka akan sedia untuk mengagihkan gaji dan elaun-elaun sebagai pemimpin sama rata kepada rakyat? Mungkin nama Aspan juga akan turut tercicir dari kamus harian mereka. Itu lumrah. Siapa juga yang sudah berkuasa sedikit sebanyak akan terpalit dengan dosa melupakan kawan.

Kalau hal ayam dan kuahlah yang menjadi isunya, Jebat inginlah mencadangkan kepada seluruh negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan untuk memberikan mandat kepada setiap rakyat di dalam negerinya untuk menjadi penilai kepada sesuatu tender dan sebarang perbelanjaan kewangan negeri. Barulah dikatakan telus dan boleh diyakini. Diulang ingat, setiap rakyat diberikan kuasa penilai dan pemantau kepada perbelanjaan kewangan negeri. Tidak ada seorang yang terkecuali. Mampukah  dicadangkan perkara ini?

Jika begini isu yang dibawa, mungkin dari dulu tidak ada istilah orang miskin . Hidup sama rata dan sama rasa.

Dewan bahasa dan pustaka haruslah berkira-kira semula untuk menyemak perkataan 'miskin kaya' di dalam kamus mereka. Mungkin perlu dilupuskan dua istilah itu kerana selepas ini semua rakyat Malaysia hanya akan ada suatu taraf kehidupan. Tidak ada kaya dan tidak ada miskin.

Pada Jebat, ayam dan kuah ayam kedua-duanya adalah rezeki. Menolak kuah ayam hanya semata-mata mahukan ayam adalah perbuatan yang menolak rezeki.

Entahlah, mungkin saudara Aspan lebih dahulu makan kuah dari Jebat dan Jebat sekadar memberi pandangan sama seperti saudara Aspan yang melontarkan pandangannya.

Kadang-kadang masa makan roti canai, orang lebih mementingkan kuah dari ayam kerana bagi yang kurang mampu kuah ayam pun sudah besar nikmat dan nilainya.

Baca SINI