Sunday, July 31, 2011
Gua pun nak jadi Menteri
Macam-macam magik yang berlaku dalam Malaysia sekarang ni. Yang kena tahan tapi bila kena desak kita lepaskan. Bayangkan kalau Pakatan desak supaya dilepaskan semua tahanan penjara agak-agaknya warden penjara mahu sunyi tak ada kerja.
MIC pulak macam kata kumpulan Jambu dalam Maharaja Lawak 'apa pun tak boleh' tiba-tiba dapat kerusi Menteri penuh. Ini lagi satu magik. Dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor kalaulah Presiden MIC jadi calon hari tu mau melingkup dibuatnya. Orang Hulu Selangor dah tak nak dia kita pulak angkat jadi Menteri.
Pengundi pengundi India pun tak mau sokong MIC sebenarnya bukan kerana Barisan Nasional tetapi kerana dia orang dah bosan dan meluat dengan MIC. Dalam siri Pilihanraya Kecil hari tu pun MIC bukan menyumbang sangat tetapi kerana kekuatan faktor calon dan Barisan Nasional. Kalau nak harap MIC buat kerja apa pun tak boleh.
Kesian pulak gua tengok dengan Presiden PPP, Datuk M. Kayveas. PPP dan ahlinya rajin turun padang cari pengundi baru tapi habuk pun takde. Nasib baik Timbalan Presiden PPP dapat jadi Timbalan Menteri Penerangan. Gua rasa dari kasi Presiden MIC tu kerusi Menteri elok kasi kerusi tu pada PPP lagipun ahli MIC pun ramai yang berbangsa India. Taulah dia orang macam mana nak tarik pengundi India. Kita pun tak boleh bergantung harap pada MIC.
Gua pun rasa tak mustahil kalau gua nak mintak jawatan sebagai Menteri..Lantik je gua jadi Senator tapi apa pulak kata Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menang dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Ingat depa tu tunggul?
Thursday, July 28, 2011
Apek yang hebat
Malaysia tersingkir..Macam lahanat pembukaan kata gua..Tapi seperit mana pun kena jugak telan. Semuanya pasal aksi macam taik kucing pasukan bolasepak kita sewaktu main di Singapura hari tu.
Gua ingat kalau Apek lah yang jadi penjaga gol masa dekat Singapura hari tu keadaan mesti jadi lain. Tapi penjaga gol kita masa main di Singapura hari tu macam penjaga gol sekolah menengah apa boleh kita buat.
Gua tabik pada Apek yang jadi penjaga gol malam ni..Hebat memang dia hebat. Kalau tak kerana dia agaknya dah berbakul kita kena belasah.
Apek memang hebat..Bukan Apek DAPigs tapi Apek Khairul Fahmi Penjaga Gol Pasukan Bolasepak Malaysia..Apek DAPigs apa tahu..menyemak...
Wednesday, July 27, 2011
Semangat Harimau Malaya membaham ahli politik
Malam tadi gua melepak di Downtown Danau Kota. Saja nak tengok betapa meriah sambutan menjelang perlawanan bolasepak dengan pasukan adik tiri DAPigs..Singapura.
Memang meriah dah macam nak Raya..Jersey Malaysia laku macam pisang goreng panas. Rezeki orang berniaga.
Gua tengok sebenarnya rakyat Malaysia selamba je tak kira kaum sokong pasukan Harimau Malaya dengan beli jersey Malaysia. Cuma badut-badut politik yang sibuk nak rosakkan perpaduan kaum.
Gua dengar ada yang cakap yang kita tidak punya banyak pilihan selain daripada menang hari ni. Biar kalah dengan Felda United tak apa biar kalah dengan Kalimantan tak apa asal jangan kalah dengan adik tiri DAPigs tu. Gua setuju.
Kita doakan Harimau Malaya akan membaham Singa hari ni..Kalau boleh semangat Harimau Malaya baham terus DAPigs..Keh Keh Keh...
Lu rasa-rasa Guan Eng pakai jersey mana hari ni? Kah Kah Kah..
Tuesday, July 26, 2011
AMANAH: Baru sekarang nak kata tak betul?
Gua dah cakap..AMANAH yang baru ditubuhkan ni akan jadi susah kalau yang duduk dalamnya adalah muka-muka politik. Orang politik boleh jadi sesumpah dan pandai bermuka-muka.
Baru sehari jagung ditubuhkan AMANAH dan pandai bercakap soal kronisme, korup dan arusnya yang nampak macam menyokong tindakan BerShit.
Ada yang duduk dalam AMANAH adalah bekas Menteri. Dah berpenggal dapat kemudahan sebagai Menteri dan pencen sebagai Menteri sekarang pandai pulak cakap yang kerajaan seharusnya mengkaji permintaan BerShit seolah-olah memang wujud kepincangan dalam sistem pilihanraya.
Dia ingat masa dia bertanding dalam pilihanraya dulu, modus operandi SPR tak sama ke dengan sekarang. Wah macamlah zaman dia SPR beri muka pada dia dan memenangkan dia. Sedar-sedarlah bahawa menang kalah dia dulu tak ada kena mengena dengan SPR tapi disebabkan kekuatan yang ada pada parti, BN.
Sekarang pandai pulak dia nak bercakap soal korup,kronisme dan segala-galanya macamlah kerajaan buruk sangat. Kalau tak pasal kerajaan jangan haraplah dia nak merasa jadi Menteri dan dapat pencen sebagai Menteri.
Harakahdaily sepantas kilat ceduk apa yang bekas Menteri tu cakap.. Orang yang pernah duduk dalam kerajaan cakap macam tu memanglah macam orang mengantuk disorongkan bantal pada Harakahdaily.
Siapa bekas Menteri tu? Ala yang sibuk pakai bow lah dulu-dulu masa jadi Menteri..Tak sedar diri lah pulak..
Monday, July 25, 2011
Siapa pemimpin yang tidak mahu buat perutusan kemerdekaan?
Gua baru dimaklumkan bahawa ada seorang pemimpin tertinggi negeri tidak mahu buat perutusan kemerdekaan yang akan disiarkan sewaktu pelancaran kibar Jalur Gemilang oleh PM.
Nik Ajis, Khalid Gagap telahpun membuat rakaman perutusan untuk peristiwa penting itu.
Sebenarnya biar apa pun pegangan dan ideologi politik, erti kemerdekaan bukan sahaja hanya perlu ditanam di dalam jiwa ahli dan rakyat yang menyokong Barisan Nasional tetapi perlu dihayati oleh setiap rakyat Malaysia kecuali mereka yang sudah benci dan tidak ada rasa sayang pada tanahair.
Gua tak hairan pun kalau pemimpin tertinggi negeri tu tak mahu berucap untuk membuat perutusan kemerdekaan pasal hajat dia nak bawa Chin Peng balik ke Malaysia belum tercapai. Agaknya kalau Chin Peng dah balik ke Malaysia baru dia rasa negara ni benar-benar merdeka.
Ke mana lagi kuah nak tumpah kalau bukan ke nasi? Tiba-tiba gua rasa nak makan nasi kandar..
Subscribe to:
Posts (Atom)