Wednesday, March 31, 2010

Dun Perak: Nizar Menteri Besar Bidan Terjun

kau ingat ni Bursa Saham ke?

Dr Zambry juga membongkarkan bahawa orang pertama yang ditawarkan untuk menjadi MB sewaktu kerajaan BN jatuh di Perak adalah dia sendiri dan bukannya Saudara Nizar , beliau juga telah mengatakan bahawa Penasihat Parti Keadilan telah menghantar rombongan ke rumah beliau untuk dilamar menyertai PKR melalui utusan-utusan atau pembawa berita Anwar sendiri.Dr Zambry juga telah menyatakan seperti berikut "Kalaulah saya nak sangat jadi MB, pada masa itu pun saya sudah boleh tetapi saya menolak kerana saya bukan mengejar jawatan, yang penting bagi saya adalah perjuangan yang telah dijuangkan oleh saya selama ini, iaitu perjuangan dalam UMNO dan BN, saya tidak sanggup menjual maruah dan prinsip perjuangan hanya kerana tergila-gilakan jawatan Menteri Besar".

Di atas tu adalah petikan dari blogger House PK yang melaporkan secara live dari Perak.

Wah..dahsyat sungguh Nuar Berahim ni..Boleh main lamar lamar sesapa yang dia suka..Dah macam Agong dan Sultan pulak dia ni boleh lantik orang..Nasib baik Dr. Zambry ni tak cepat melatah..Tapi kalau dah memang rezeki dia jadi Menteri Besar macam mana pun jadi Menteri Besar.

Jadi Nizar ni Menteri Besar pilihan kedua lah kan? Kalau bahasa orang kampung Nizar ni Menteri Besar Bidan Terjun..Kalau Nizar ni bagus dan handal buat kerja kenapa mesti Nuar nak pujuk dan lamar Dr. Zambry? Agaknya dah tak ada mana mana ADUN dari Pakatan yang pandai kot itulah pasal Nuar tergila-gilakan Dr. Zambry..Kesian Nizar..Menteri Besar pilihan kedua rupanya dia ni..Itupun tak mau sedar diri lagi...

Menurut blogger House PK..Nizar terjerit-jerit dalam Dewan..Siap keluarkan perkataan 'Pangkor Babi'. Dah dia memang berkawan dengan taukeh taukeh yang suka makan tu jadi apa nak hairan kalau dia sebut nama tu..Takkan dia nak sebut kucing ke arnab ke..

Apapun Nizar memang Menteri Besar Pilihan Kedua..Nuar Berahim yang akui benda tu kalau tak takkanlah hantar rombongan meminang untuk Dr. Zambry. Kalau Ketua Pembangkang sendiri semacam tidak mengiktiraf Nizar takkan kita nak iktiraf pulak kan..

Nizar kena ingat...Nama Dr. Zambry tu macam bunyi Toyota Camry...jadi Dr. Zambry lebih layak naik kereta Camry...hahahahahaha...Nizar boleh naik kereta Toyota Camry second hand..kan dia pilihan kedua..

Hulu Selangor:Kesetiaan ahli dan penyokong BN amat ditagih

Pilihanraya kecil Hulu Selangor bakal menyaksikan pertembungan antara kemahuan diri dan kesejahteraan parti. Kalau ikutkan hati dan nafsu yang melonjak..aku rasa dan hampir pasti semua di antara kita mahukan calon dari UMNO dinamakan sebagai calon di Hulu Selangor. Itu suara dan kemahuan hati. Tapi bila direnungkan dan setelah berbincang dengan ramai kawan..nampaknya kepentingan parti secara keseluruhan iaitu BN harus menjadi pegangan dan matlamat kita.

Kita harus bertanding di Hulu Selangor sebagai parti Barisan Nasional. Atas dasar setiakawan dan menjunjung tradisi yang telah tercipta kerusi di Hulu Selangor harus kita kembalikan kepada MIC. Itu tradisi. Dan di dalam keadaan politik sekarang yang tidak menentu, kita diasak oleh Pakatan dan kita tidak mahu kebuntuan dan kecelaruan ini terus melonjak dengan menidakkan kebolehan dan kerusi yang sememangnya disandang oleh MIC. Jangan hanya kerana kita teremosi kita melupakan semangat setiakawan yang telah terjalin. Jangan hanya satu kerusi Parlimen semangat setiakawan antara UMNO dan MIC tercalar. Secara adil, harus kita berikan ruang kepada MIC untuk membuktikan kepada kita semua bahawa mereka mampu membantu.

Matlamat kita yang utama jauh dari pilihanraya kecil Hulu Selangor adalah Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Itu fokus kita dan jangan sesekali kita lupakan. Di Hulu Selangor, kita perlu bergerak bersama-sama demi memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional. Apapun barang perlu diingat bahawa secara komprominya kita kembalikan kerusi itu kepada MIC tetapi MIC haruslah membayar kepercayaan kita semua dengan meletakkan muka baru dan tidak lagi Datuk G. Pengorbanan haruslah dibayar dengan pengorbanan.

Semuanya terserah kepada kebijaksanaan Presiden BN di dalam membuat keputusan. Kita hanya mampu memberi pandangan. Aku harus kembali kepada matlamat asal iaitu Pilihanraya Umum ke 13. Aku tidak mahu 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran' dan aku tidak mahu 'sudah terhantuk baru nak tengadah'. 'Menarik rambut di dalam tepung' kita bergerak seperti aur dengan tebing kerana ular menyusur akan tidak akan hilang bisanya dan mengalah bukan kalah.

Kesetiaan kita semua sebagai ahli dan penyokong Barisan Nasional bakal teruji dan ditagih. Demi sebuah perjuangan atas nama Barisan Nasional kita sama sama pastikan kemenangan milik Barisan Nasional.

Monday, March 29, 2010

Dulu jual roti sekarang pakai Mercedes mata belalang

Hebat Gobalakrishnan sejak jadi Ahli Parlimen...Dulu jual roti sekarang dah boleh pakai Mercedes mata belalang..Ini bukan aku yang cakap tapi Zulkifili Nordin yang cakap semalam masa perbahasan titah Diraja di Parlimen. Yang menarik Gobalakrishnan tak pulak menafikan apa yang Zul Nordin cakapkan semalam.

Kalau anak dara bila orang meminang dan dia diam maknanya dia setuju..Gobala aku tak tau pulak diam tu tanda apa..malu-malu kucing kot.

Pembangkang bukan main gah cakap nak memperjuangkan nasib rakyat..Kalau dengan gaji Ahli Parlimen nak dibandingkan dengan puluhan ribu pengundinya memanglah tak mampu nak pakai Mercedes..Cukup ke gaji dan elaun sebagai MP nak tanggung tu semua..pengundi lagi..mata belalang lagi? Kadang-kadang ada duit jatuh dari langit..

Kalau nak kira adil dan memperjuangkan nasib rakyat...Ahli Parlimen pakai Mercedes mata belalang..pengundinya kena pakai setidak-tidaknya Proton Mvyi SE..takkan nak naik basikal..Pemimpin pembangkang kan adil seadil-adilnya..

Hulu Selangor : Tugasan pertama Chua Soi Lek

Tahniahlah kepada Chua Soi Lek kerana menang jawatan Presiden MCA semalam. Moga MCA kembali aman..Menang...menanglah jugak..tapi perlu sedar pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor jugak kita perlu menang.

Aku dah rindu nak tengok MCA bersibuk-sibuk macam UMNO buat kerja dalam mana mana pilihanraya..MIC pun perlu kerja kuat...kalau ikut tradisi kerusi tu kerusi MIC..Jangan atas nama kerusi jek..tapi kerja kenalah buat.

Kalau sebelum ni gerak kerja MCA dan MIC agak kabur dalam mana mana pilihanraya, aku harap dengan Presiden MCA yang baru ni gerak kerja dalam pilihanraya akan ditingkatkan. Apalah guna menang jawatan Presiden kalau sunyi dan sepi. MIC bila pulak nak tukar Presiden?

Kawasan Parlimen ni kawasannya luas..Kalau setakat ada 1 bilik gerakan baik tak payahlah kan..Setakat melepaskan batuk ditangga orang tengok pun meluat..Kalau nak buat..buat betul betul.

Aku nak tengok macam mana Presiden MCA yang baru ni buat gerak kerja..Jentera jentera pilihanraya MCA pun aku nak tengok jumlahnya..Aku cakap ni pasal nak tengok keberkesanan Presiden baru MCA...jangan aku cakap macam ni..MIC tidur sampai berdengkur di Hulu Selangor..Biarpun kuda tua yang masih menerajui MIC itu bukanlah alasan..kalau dah rasa tak larat..eloklah berundur.

Apapun aku masih berpendapat...jauh lebih elok sekiranya BN meletakkan calon UMNO di Hulu Selangor..Bukan aku yang cakap tapi pengundi yang cakap..AKU (Asalkan UMNO) kata Agendadaily...

Sunday, March 28, 2010

Hulu Selangor: Belum apa apa pencacai Pakatan dah goyang

Dalam artikel aku yang lepas, aku ada bercakap pasal UMNO dan BN perlu mendengar kemahuan pengundi Hulu Selangor jika mahu menang..Menang dengan bergaya seperti di Bagan Pinang..Mendengar dan mengimbau kisah betapa hebatnya Tan Sri Isa Samad, pencacai-pencacai Pakatan sudah mula tak senang duduk.. Baru kita cadangkan supaya BN meletakkan calon UMNO untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor, pencacai-pencacai Pakatan dah terbayang kekalahan. Mulalah nak main psywar kata calon UMNO koruplah..itulah..inilah...pasal dia orang tahu menentang calon UMNO taklah semudah menentang calon calon dari komponen BN yang lain..

Ni komen dari pencacai PAS yang aku maksudkan:

Anonymous said...
mat taib ibu segala rasuah di selangor. masjid besar shah alam dipolitikkan demi duit, pangkat & nafsu..camtu nak letak jadi calon..munafiq!undilah PAS...


Satu lagi yang pencacai ni suruh undi PAS kejadah apa..Nak ke PKR serahkan kerusi tu untuk letakkan calon PAS? PAS bersedia kasi kerusi di Kelantan pada PKR biarpun dah bertahun PAS berkuasa di Kelantan tanpa bantuan PKR tau tau PAS hilang kerusi... sanggup ke PKR nak beri laluan pada calon PAS kat Hulu Selangor ni? Pencacai PAS jangan mimpilah PKR nak beri laluan..Lagipun kalau jadi Perdana Menteri pun bukan dari PAS tapi dari PKR..Bertahun berjuang dalam PAS, tau-tau jadi Perdana Menteri bukan Presiden PAS...nasib lah labu....