Tuesday, July 28, 2009

Ikhlas atau munafik?




Apa yang akan terjadi seterusnya apabila Nik Aziz berkata yang kerajaan negeri Kelantan sedia menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan dan PAS ingin melupakan sengketa politik dengan UMNO. Sebagai orang Melayu dan seorang Islam seharusnya kita menerima idea dan saranan ini sebaik mungkin dan mengambil pendekatan tidak berburuk sangka sesame Islam tetapi apabila mengambil kira percaturan dan tipu helah yang mungkin terselit di sebalik idea ini mungkin ramai yang menggaru kepada yang tidak gatal dan mungkin juga ramai yang berkerut dahi memikirkan yang tersirat di sebalik idea ini. Yang tersuratnya mudah iaitu penyatuan Melayu tetapi yang tersirat terus menyemakkan kepala untuk difikirkan.

Beberapa andaian yang dibuat oleh beberapa tokoh UMNO mengenai idea ini termasuk oleh mantan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ada logik dan asas yang kukuh apabila Tun mengandaikan yang ini hanyalah suatu sandiwara yang cukup terancang tetapi amat mudah di baca oleh bijak pandai politik seperti Tun. Tetapi jika kita terus menerima andaian Tun ini bulat bulat maka mungkinkah PAS akan mengatakan yang UMNO amat berburuk sangka pada mereka? Tetapi jika kita menerima idea yang diutarakan oleh Nik Aziz ini mungkinkah akan menghumban UMNO ke kubang kehancuran?

Jadi apa kesudahan dengan dolak dalik yang masih tidak terungkai ini. Di dalam agenda ini iaitu penyatuan umat Islam dan Melayu Malaysia sebaiknya kita serahkan pada Allah yang Maha Mengetahui. Kita pasti akan dapat jawapan kepada permasalahan ini dan merungkai antara yang ikhlas dan munafik.

Saturday, July 25, 2009

Ayuh PAS kita sama sama tenggelamkan PKR



Aduhai tersentak lagi dengan harapan terbaru yang Nik Aziz suarakan tentang kerjasama antara PAS dan UMNO. Mungkin bunyinya agak janggal tetapi ianya tampak menjurus kepada kerajaan perpaduan sepertimana yang pernah disuarakan oleh Hadi Awang dan Nasharudin. Tidak kira sama ada ianya benar benar ikhlas dari hati kecil Nik Aziz atau hanya mainan politik tetapi harapan pasti ada.

Benar, memang PAS dan UMNO sering bertelagah di dalam mempertahankan ideologi masing masing di dalam politik tetapi untuk dan demi kesejahteraan umat Melayu idea dan suara yang Nik Aziz lontarkan ini wajarlah disambut dengan dada yang lapang oleh kita orang orang UMNO. Kita sama sama harapakan agar apa yang disuarakan oleh Nik Aziz ini datangnya dari suara hati kecil beliau dan tidak sekadar menanam dan membeli jiwa Melayu untuk kepentingan politik PAS. Tidak mengapalah kita terima idea dan suara hati ini tanpa prejudis.

Anwar Ibrahim pastinya gusar dan keluh kesah dengan apa yang Nik Aziz suarakan ini. Kata orang ibarat sudah jatuh di timpa tangga. Dengan kes mahkamahnya yang semakin kusut dan kini ditambah pula dengan saranan Nik Aziz untuk bekerjasama dengan UMNO. Anwar tampak seperti hilang dahan tempat bergantung. Semua orang tahu PKR tidaklah sekuat mana tanpa bantuan dari PAS. Dan sememangnya PKR tidak boleh hidup tanpa bantuan PAS. Yang peliknya, Anwar Ibrahim tanpa segan silu berkata yang dia mahukan jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mentadbir kerajaan Persekutuan. Inilah parasit yang ada di dalam jiwa Anwar Ibrahim. Sudahlah menumpang kekuatan yang ada PAS tetapi mudah lupa diri apabila tanpa segan silu menawarkan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri. Kenapa tidak Nik Aziz mahupun Hadi Awang? Cerminlah diri sikit..hidung tak mancung pipi tersorong sorong budak Permatang Pauh ini.

Tapia pa nak dihairankan kalau dah biasa masuk pintu belakang pasti akan sesat jalan. Ayuh rakan rakan di dalam PAS dan UMNO kita sama sama robekkan istana palsu yang sedang dibina oleh Anwar Ibarhim. Kita mahukan Melayu tulen di dalam PAS dan UMNO untuk kesejahteraan umat Melayu. Mari kita berganding bahu dan lengan untuk sama sama ganyang PKR. Takbir !! Syabas Tuan Guru Nik Aziz.

Thursday, July 23, 2009

Fatwa atau bisikan syaitan?



Aku agak hairan dan rasa macam dibodohkan oleh orang orang bodoh di dalam PAS. Orang orang yang mengaku alim dan bebas mengeluarkan fatwa tiba tiba jadi bebal dan dungu untuk mengeluarkan sebarang pandangan tentang peristiwa Melayu-Cina yang bernama Nizar yang telah mengikuti istiadat seorang Cina yang telah mati di Shah Alam.

Agak pelik orang orang PAS yang mengaku alim dan sewenang-wenangnya kata orang orang UMNO kafir, pengikut ayah Pin dan komunis tiba tiba jadi bebal apabila Nizar berdiri macam orang bodoh lagi dungu pegang lilin dalam istiadat tersebut. Dalam parlimen sekalipun tak pernah aku lihat mana mana ahli parlimen Cina baik dari DAP mahupun MCA malah MIC sendiri yang mengangkat tangan berdoa sekiranya ada mana mana ahli parlimen Islam yang meninggal dunia sebaliknya mereka hanya tunduk bertafakur untuk seketika.

Nik Aziz langsung tak mahu jawab apabila ditanya oleh wartawan tentang isu ini sebaliknya mengalih kepada persoalan kerajaan negeri Perak yang kononnya dirampas oleh Barisan Nasional. Nak kata dungu Nik Aziz nampak macam aku celupar sangat tapi takkan beliau tak faham dengan soalan semudah itu. Kalau dulu tanpa insuran mulut katakan orang UMNO kafir kenapa tiba tiba mulut seolah terkunci rapat tidak mahu menjawab soalan berkenaan insiden ini? Tidak dapat wahyu atau tiada bisikan syaitan untuk mengeluarkan fatwa?

Wahai kaum Melayu, kamu lihatlah sendiri apa yang sedang orang orang PAS lakukan. Dulu PAS tidak seteruk dan sedungu ini. Semuanya terjadi kerana campurtangan seorang budak dari Permatang Pauh yang kemaruk kuasa. Apakah PAS masih mahu bersekongkol dengan orang orang yang kurang siuman dari PKR dan DAP daripada bersatu bersama UMNO yang mampu membacakan talkin dan menghadiahkah fatihah kepada mereka kelak?? Jangan biarkan syaitan tersenyum kegembiraan akibat kedunguan kita. Mudah mudahan Allah akan memberi petunjuk kepada pengikut pengikut PAS agar terhindar dari bisikan syaitan yang berpanjangan.

Tuesday, July 21, 2009

Siapa baling batu dan siapa sembunyi tangan?



Mati itu kehendak Allah s.w.t jua..Apa kena mengena mati dengan politik? Apa kena mati dengan menuduh bahawa ianya rencana yang telah dirancangkan? Benar ianya rencana yang telah dirancangkan tetapi bukan manusia yang merencanakannya selain dari rencana Allah yang telah ditetapkan dari azali. Susah sangatkah orang orang gila di Pakatan Rakyat hendak menerima kenyataan ini? Susah sangatkah hendak menerima ketentuan yang telah ditetapkan?


Satu dosa yang amat besar apabila menuduh orang yang belum dapat dipastikan kesalahannya sebagai pembunuh. Tidakkah orang orang PAS yang mengaku alim untuk menasihatkan sekutunya itu untuk tidak terus menuding jari kepada Barisan Nasional? Bagaimana hendak menegakkan negara Islam sekiranya perkara asas seperti ini pun tidak mampu diterjemahkan oleh PAS?


Rencana yang dirancangkan ini mungkinkah bertujuan untuk menutup siri kelemahan yang terdapat di dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang mula goyah atau yang lebih utama adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada terus memperkatakan tentang kes Anwar Ibrahim dan kes Lim Guang Eng di Pulau Pinang? Jadi siapa yang punya rencana dan siapa yang baling batu sembunyi tangan?


Jangan hairan sekiranya mabuk ini berpanjangan Pakatan Rakyat akan katakan bahawa orang yang meninggal setiap hari adalah angkara Barisan Nasional jua. Orang gila akan berkata bahawa tiap tiap warna itu adalah hijau biarpun hakikatnya warna yang sebenar adalah biru. Perangai orang gila usah dihiraukan dan diendahkan.

Saturday, July 18, 2009

Apa khabar Manek Urai?

Sudah hampir seminggu pilihanraya kecil Manek Urai melabuhkan tirainya. Pelbagai kenangan yang ditinggalkan di Manek Urai. Ada duka dan ada ketika suka mencuit hati. Bagaimana agaknya dengan poster poster dan bendera parti parti yang bertanding? Sudahkah diturunkan? Harapnya biarlah Manek Urai bersih pandangannya seperti sediakala. Aku agak rindukan ketenangan yang ada di Manek Urai. Tenang fikiran dan jiwa.

Apa khabar adik adik di Manek Urai? Puas agaknya dapat merasai kemeriahan yang ada di Manek Urai sempena pilihanraya kecil tempoh hari. Mungkin sekarang agaknya terasa agak sepi tanpa keriuhan yang terjelma semasa kempen tempoh hari. Tak mengapalah kehidupan harus diteruskan. Ingatlah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Tahniah kepada penduduk penduduk Manek Urai kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Biarpun undi nampaknya seimbang tetapi apa yang jelas kemenangan berpihak kepada Melayu. Dengan undi yang hampir sama banyaknya jelas menunjukkan penduduk Manek Urai cinta dan terlalu rindukan perpaduan Melayu. Dengan undi yang hampir sama banyaknya itu juga menunjukkan bahawa kedua dua calon yang bertanding tempoh hari hendaklah sama sama berganding bahu berbakti kepada penduduk Manek Urai. Tiada yang menang dan tiada yang kalah kerana pemenangnya amat jelas iaitu penduduk Manek Urai.

Ayuh kita terus membela Manek Urai seperti mana yang kita canangkan semasa kempen tempoh hari. Jangan kita buangkan harapan yang telah kita taburkan kepada penduduk Manek Urai. Teruslah berbakti demi kepentingan anak anak Manek Urai. Jangan hanya pandai menanam tebu di bibir.