Friday, February 25, 2011

Merlimau: Siapa kata calon BN tak tahu senyum


Sejak proses pengumuman calon BN untuk bertanding di PRK Merlimau, ramai orang yang berkata Roslan Ahmad adalag seorang yang kedekut senyuman.

Aku juga menyangkakan demikian pada asalnya, tetapi benarlah kata orang tak kenal maka tak cinta.

Untuk kepastian aku mengambil keputusan untuk bertanya sendiri dengan penduduk-penduduk Merlimau, mereka berkata hanya raut wajah Roslan yang menggambarkan beliau sedemikian rupa. Tambah penduduk Merlimau lagi, kalau sudah kenal Roslan dengan dekat maka orang akan mengatakan Roslan adalah seorang yang cukup mesra.

Ada logiknya hujah di atas, kalau tak kenal takkan pula nak senyum tak tentu pasal, nanti orang akan spin kata Roslan tak siuman pula atau orang kata hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Semasa aku menulis artikel ini, Roslan sedang berada di dalam pusat penamaan calon. Banyak gambar yang dapat kita saksikan alangkah manisnya Roslan bila tersenyum. Jelas senyuman yang ikhlas.

Jangan cepat berburuk sangka..Roslan anak jati Merlimau tidak seperti yang digambarkan.

No comments:

Post a Comment