Tuesday, September 29, 2009

Bagan Pinang: Mana perginya puak puak PAS???

Malam tadi lebih kurang pukul 10 malam, PAS umumkan calon untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang untuk menentang 'hero kecik' dan ayam tambatan UMNO/BN Tan Sri Isa Samad.

Kali ni Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Omar pulak menjadi kuda tunggangan PAS. Kalau nampak pada bilangan penyokong dan juak juak PAS yang hadir semalam nampak gaya boleh jadi lelah dan jadi kuda tempang calon PAS ni. Bilangan yang hadir aku kasi yang maksimum 500 orang.

Jeritan Hadi Awang 'takebeer' hanya disambut oleh beberapa ketul suara kecil yang agaknya marah dengan pencalonan Tan Sri Isa Samad. Itulah dalam artikel sebelum ni aku dah cakap puak puak PAS akan kentut tak puas di Bagan Pinang.

'Jangan sentuh peribadi calon'..Itu kata orang tua nyanyuk nama Nik Ajis. Kata dia dalam bulan Syawal ni jangan sentuh peribadi calon. Tapi lembu sondol PAS, DAP dan PKR semalam masa umumkan nama calon bukan main kuat lagi hentam peribadi Tan Sri Isa.
Lembu lembu sondol ni pun tak hormat pesan orang tua nyanyuk tu..apa yang kita nak banggakan tentang orang tua nyanyuk tu.

p/s: Nampak gayanya PAS dan Pakatan Gila goyang jugak dengan kelibat Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang sampai hantar kuda lumba nombor 1 di Negeri Sembilan. Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Kalau kalah elok letak jawatan jek..Aku dah cakap dalam blog kitaanakmelayu.blogspot.com yang PAS gentar dengan kelibat Tan Sri Isa..malam tadi sah segalanya..PAS masuk telur kena angin pasang.

Bagan Pinang: Pas kentut tak puas

Puas!!!! benar benar puas..itulah yang boleh dikokokkan di Bagan Pinang.

Aduhai kentut tak puaslah puak puak PAS di Bagan Pinang bila Tan Sri Isa Samad dicalonkan sebagai calon UMNO/BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Lebih 10 ribu orang memenuhi pusat pengumuman calon dan macam orang histeria yang kegembiraan menyambut pengumuman Tan Sri Muhyiddin.

Kita akan saksikan bagaimana PAS dan Pakatan Gila akan kecundang di Bagan Pinang sekaligus membuktikan Pakatan Rakyat hanyalah jaguh kampung..menang pilihanraya kecil sebelum ini hanya di kubu kuat mereka. Kita lihat apa helah mereka kali ni dan pastinya undi pos menjadi isu untuk menutup kekalahan mereka.

Kalau benar Nik Ajis ulamak besar kita lihat apakah doanya di Bagan Pinang akan dimakbulkan Tuhan.

Nuar Berahim pasti terkemut jubo kali ni..

Siapa kata UMNO/BN sudah tidak relevan!!!!!

Saturday, September 26, 2009

Bagan Pinang: Isa Samad atau kalah

Aku dan beberapa teman baru saja balik dari Bagan Pinang..Hadir untuk majlis Aidilfitri anjuran UMNO Cawangan Bagan Pinang..Kalau orang PAS tengok majlis ni mesti muka orang orang PAS kedut seribu dan macam tapai basi. Seribu lebih orang yang hadir menunjukkan satu jumlah yang agak besar pasal ianya satu majlis yang dianjurkan oleh UMNO CAWANGAN DAN BUKAN UMNO BAHAGIAN.

Di sebalik kemeriahan majlis tersebut ada yang lebih meriah..KEHADIRAN TAN SRI ISA SAMAD sebagai tetamu kehormat.Isa diberikan tepukan gemuruh sebaik saje beliau masuk ke dewan..lebih dari itu semua orang berdiri memberi hormat. Kesempatan bersembang dengan beberapa orang teman dari Negeri Sembilan jelas tunjukkan orang Bagan Pinang mahukan Isa Samad. Salehuddin Ayub (Naib Presiden PAS) awal awal lagi dah kecut telur kalau Isa Samad diletakkan sebagai calon..pasal tulah dia mahu UMNO letakkan calon yang kononnya bersih dari politik wang. Sallehudin tahu kalau Isa Samad dipilih sebagai calon PAS akan jalan telanjang bulat di Bagan Pinang..

Fuhh..masih berbisa nampaknya Isa..kecil kecil cili padi walaupun pendek tapi masih diminati.

Nampak gayanya UMNO tidak ada pilihan..PILIH ISA SAMAD SEBAGAI CALON ATAU KALAH!!!

Kalau tak pilih Isa, aku cadangkan letak Rohaizat atau Wan Farid...degil..degil lah lagi..tak reti reti bahasa..

Friday, September 25, 2009

PAS: Pun kasi rasuah??

Selamat Hari Raya pada semua muslimin muslimat baik UMNO mahupun PAS..Bukan macam orang PAS yang anggap wanita PAS saje muslimah..

Penat badan macam towel buruk selepas bawak kereta berjam jam lamanya dari Kota Bharu tapi tak apa semangat raya punya pasal aku harung jugak perjalanan sejauh tu.

Sempat berborak dengan beberapa orang rakan semasa di Kota Bharu. Seorang sahabat beritahu aku yang dia terserempak dengan serombongan orang orang Manek Urai semasa berada di salah sebuah tempat peranginan (Cameron Highland kalau tak silap). Rupa rupanya rombongan mereka di taja oleh PAS yang menang di Manek Urai.

Kalau UMNO dan BN buat macam ni sah dia orang kata yang UMNO kasi rasuah pada pengundi di Manek Urai. Kalau dia orang buat apa yang harus kita panggil? Sumbangan ikhlas atau kenang jasa? Atau ajaran Tok Guru? Lu orang fikirlah apa yang sepatutnya

Rupanya dalam syurga PAS ada jugak unsur unsur rasuah..Tak payah nak dabik dada macam baik sangat dan kata orang lain semua jahat..Dalam nampak macam baik tapi banyak jugak unsur taik!!

Friday, September 18, 2009

Baru tahu bagaimana pahitnya hempedu

Tun M kata beliau tidak kisah gambarnya dikalungkan selipar macam yang dicadangkan oleh perwakilan MIC tapi beliau lebih kisah dan terluka kalau dikecam oleh UMNO.

Hairan kenapa Tun M boleh terkilan dan terluka waimah berkecil hati jika dikecam oleh orang orang tertentu. Aku tak pernah lupa bagaimana Tun M begitu lantang dan kritis bila mengkritik Pak Lah pada masa Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Tun M kritik Pak Lah sampai nampak Pak Lah betul betul tongong dan macam budak bodoh. Tapi Pak Lah diam seribu bahasa. Bukan kerana Pak Lah tak berani cuma Pak Lah adalah orang yang tahu mengenang budi selepas Tun M serahkan pucuk pimpinan pada beliau. Syabas Pak Lah dan sehingga ke hari ini kita masih tidak mendengar Pak Lah mencampuri urusan pentadbiran Najib. Lain orang lain cara kepimpinan.

Agaknya baru hari ini Tun M tahu rupanya benarlah simpulan bahasa orang Melayu 'pahit macam hempedu'. Sekali sekala digasak untuk kebaikan dan menyedarkan tidaklah merupakan suatu kesalahan.

Aduhai Tun M..hati orang tua memang selalunya rapuh.

Thursday, September 10, 2009

Bagan Pinang: BN jangan buat silap lagi

Entah bila agaknya akan diadakan pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang..Tak apa tarikh itu kita serahkan pada SPR yang lebih arif dalam membuat keputusan dan kita jangan nak sibuk sibuk campur urusan SPR tu.

Cuma aku lebih tertarik untuk memberi pandangan agar BN mengambil sikap lebih berhati hati di dalam memilih calon..Jangan sampai tersilap langkah lagi seperti di Permatang Pasir dan Kuala Terengganu. Perjuangan yang menjadi sia sia apabila memilih calon yang salah dan hanya akan kalah sebelum bertanding.

Rasanya tak salah kalau Tan Sri Isa Samad diletakkan sebagai calon kerana mengenali beliau secara peribadi boleh aku katakan sikapnya A+ dan mesra rakyat..tapi kembali kita serahkan kepada UMNO dan pengundi Negeri Sembilan untuk memilih siapa yang mereka suka untuk diketengahkan. Suara pengundi jangan di ambil remeh oleh BN.

p/s: Dengar khabarnya PAS sudah mula mengorak langkah awal dalam berkempen sampai mampu berkempen di dalam kem tentera.Benarkah? Siapa yang tersilap congak atau aku yang tersilap dengar?

Saturday, September 5, 2009

Apabila kepala tuan dipijak

Apakah orang Melayu sudah tidak pandai menghormati tuan? Semalam aku berpeluang bersembang dengan seorang kakitangan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) yang terletak di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri.

Entah macam mana boleh terpacul isu isu politik setelah beberapa lama bersembang dengan kakitangan ILKAP tersebut. Agak tinggi dan sinis nada yang dikeluarkan oleh kakitangan ILKAP tersebut apabila membicarakan soal politik. Terlalu angkuh beliau menghentam dasar dasar kerajaan dan isu yang menarik perhatian beliau adalah isu ISA.

Aku hanya gelengkan kepala apabila beliau kata kerajaan sudah gila menyembur air dan gas pemedih mata kepada rakyat di dalam demonstrasi pemansuhan ISA baru baru ini. Beliau amat bersemangat apabila mengatakan kerajaan yang ada sekarang sudah seperti tidak waras mengambil tindakan semacam itu kepada rakyat. Aduhai..inilah yang susahnya apabila kita sekadar mendengar cerita dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Aku tidak mahu komen lagi tentang isu demonstrasi itu pasal dah panjang lebar aku dan sahabat sahabat paparkan di dalam kitaanakmelayu.blogspot.com Cuma yang aku ingin tekankan di sini adalah nilai nilai yang setiakan pemimpin dan majikan. Inilah kata orang ‘tidak kenal diuntung’.

Saja aku menduga prinsip kakitangan ILKAP tersebut tentang bonus kepada kakitangan awam menjelang hari raya. Aku kata tidak ada bonus kepada kakitangan awam. Kakitangan ILKAP tersebut kata mana boleh kerajaan tidak beri bonus. Wah bersemangat pulak mahukan bonus tetapi sebentarnya tadi asyik macam orang kena sawan menghentam kerajaan.

Jadi apa yang mahu akan labelkan kakitangan ILKAP tersebut? ‘Beruk dapat bunga’ atau ‘kacang lupakan kulit’? Atau habis madu sepah dibuang?? Apa tindakan untuk golongan musuh dalam selimut ini??

Thursday, September 3, 2009

Politik jangan sampai lupa mati

Hari demi hari kita sibuk berpolitik..Dalam bulan puasa pun kita sibuk berpolitik..Hari baik bulan baik yang seharusnya digunakan untuk membuat amal ibadat kita sibukkan dengan berpolitik..Aku sebenarnya cukup khuatir apakah semua orang politik dan penggemar penggemar politik lupa akan mati dan lupa pada kekuasaan Allah s.w.t.

Sampai bila kita harus merasakan yang diri kita hebat hingga kita lupa kekuasaan Allah? Ingatlah Allah jua yang menentukan segalanya dan ajal akan datang menjemput tak kira masa dan di mana dan kita dari parti politik mana..

Dunia hanya sementara akhirat jua kekal selamanya.